26 February 2009

RTK ( rancangan tanah kelompok )

Salam ……

Pada 23/02/09 diperkarangan pej. Daerah Maran orang ramai berpusu- pusu datang untuk mengambil borang RTK . begitu lah keadaan setiap kali keluar borang baik borang saham felcra ke, borang perumahan ke, mahu pun borang RTK. Situasinya sama sahaja, saya sendiri pun tidak melepaskan peluang tersebut dalam hati saya berkata jugak ‘ambik je borang ni nak dapat entah la….cable kecik' ‘saya di maklum kan oleh sahabat saya Sdr khairul Amin melalui Msj beliau kepada setiap Ahli Pemuda UMNO di sekitar Maran dan Chenor. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memiliki borang ini dan Setiap lapisan masyarakat (bumiputera) berhak mendapatkan borang tersebut. Tak kira golongan menyokong kerajaan atau pun sebaliknya, semuanya datang untuk tujuan yang sama.

Kebanyakan yang datang adalah golongan generasi kedua maksudnya golongan muda la senang ‘citer’.Apa yang saya nak perkatakan di sini , bila melihat keadaan tersebut terlintas dihati saya beberapa persoalan

Persoalannya bila pemilihan/temuduga tersebut dijalankan .siapa golongan sasar yang layak untuk dapat. Bagaimana cara pemilihan tersebut dijalankan…….Bagi saya pemilihan secara telus susah dah masa sekarang ni, bukan sekarang ni je dulu lagi dah macam tu .Penemuduga pun manusia biasa tak lari dari ingin membantu saudara mara serta sahabat yang terdekat. Jadi bagaimana dengan orang lain yang tidak ada bersangkutan dengan orang yang memilih sedangkan ia berhak dan memang patut untuk dapat? siapa yang akan membela nasib mereka? cuba lagi itu la jawapan yang sesuai kan……..

Tapi nak dapat semua sekali memang la mustahil yang di perlukan 1000 yang memohon 5000 orang(Contoh) . kalau nak perkara ini jadi telus kerja banyak sikit la, wakil2 yang dipertanggungjawap kena turun padang buat penilaian yang teliti. Siapa yang nak buat kerja itu?….. orang kerajaan memang tak buatnya….. Jalan mudah dan terbaik ujudkan sIstem koata. Contohnya Pemuda ada koata , Wanita ada koata, Puteri ada koata Bahagian pun ada koata Ketua2 Cawangan ada koata Penghulu dan Tok 4 pun ada koata selain daripada YB yang sememangnya ada koata. Bila ujudnya koata secara tak langsung penilaian yang teliti dapat di jalankan. Penilaian teliti macam mana yang kita nak?

Sudah tentu Ahli UMNO yang kita utamakan.Ahli umno yang yang mempunyi tanggungan yang ramai, Ibu tunggal yang mempunyi tanggungan, Golongan miskin yang menerima zakat. Ahli umno yang tidak mempunyi Rumah dan Tanah .semua golongan itu yang harus di utamakan.
Sebenarnya itu perlu dilakukan supaya tidak ada lagi ayat ini selepas pemilihan. “ aku tak sokong umno pun dapat jugak tanah awak yang keje siang malam untuk umno dapat apa?” atau pun yang duduk atas pagar lagi mudah dapat itu ini daripada kita yang siang malam berkidmat untuk parti .

‘’lu pikerrr la sendiri!!!!!….

3 comments:

  1. Harta dunia sememangnya tidak pernah cukup, kebahagian yang kekal abadi hanyalah disamping Yang Maha Kuasa...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Agensi kerajaan berkhidmat untuk rakyat atau untuk umno?!
    Patutnya di bawah letterhead borang surat Pejabat Tanah tu tulis siap siap, untuk ahli umno sahaja.. baru telus!

    ReplyDelete
  3. Org Melayu sudah tiada segan silu, mana ada tanah kosong jual, jual kpd bangsa asing banyak untung, cepat kaya, org melayu tetap susah merempat, org cina miliki ribuan ekar tanpa gangguan. Org politik, bagi tanah sedikit untuk undi, masuk umno utk cari wang, tidak kira wang bathil, org politik besarkan perut sendiri, akhirnya melayu layu, gigit jari, cina semakin kaya atas kebodohan dan ketamakkan melayu...ini lah yg berlaku di Pejabat2 Tanah Neegeri Pahang.

    ReplyDelete