16 February 2009

USHA TANGGA KEJAYAAN

Salam…..

Dah dua hari tak buka computer rindu pulak rasanya, kerja harus diutamakan , periuk nasi kena jaga juga ….. “nanti tak 'berashap' dapur, Ajish.. he..he..he…” . kepada rakan blogger rakan AJK UMNO Bah. Maran serta sahabat2 ahli UMNO yang berkesempatan buka blog saya ini terima kasih banyak2 ada yang talifon saya beri komen, saya cakap dengan sahabat tu komen la dalam blog, dia cakap “tak reti bos” tapi apa pun sudi buka blog saya itu pun dah kira memadai terima kasih banyak2 . Bukan lah menarik sangat kerana saya masih dalam peringkat belajar. Sokongan serta bimbingan dari rakan amat diperlukan . saya tak kisah apa pun komen dari sahabat2 yang penting saya dapat belajar dan menambah ilmu.

Ilmu bukannya datang sendiri dan bukan dari mimpi ianya perlu dicari dengan usha kita sendiri. Sabar , tekun ,berani minat serta usha harus ada dalam mencari ilmu. biar pun belajar tak tinggi tapi semangat untuk terus mencari dan menimba ilmu itu masih ada dalam diri .InsyaAllah……..

Harus di ingat bukan mudah untuk mencari ilmu ,apatah lagi dalam usia yang semakin meningkat. Bagi saya itu semua adalah cabaran yang harus saya lalui serta tempuhi.

Bagi sahabat yang menalifon saya tempoh hari terima kasih banyak2 ‘’tak reti’’ bukan alasan, yang penting kita perlu usha dan beranikan diri mencuba dan terus mencuba . Komen beliau, Ada diantara Program Pemuda yang dijalan tanpa pengetahuan Ahli - Ahli sepatutnya setiap program haruslah dimaklumkan melalui surat atau pun sekurang - kurangnya SMS. Kalau di tulis dalam blog tak ramai ahli yang dapat mengikuti perkembangan tersebut begitu lah antara pandangan yang diberikan …….

Saya bagi pihak PPU Bah.Maran ingin mengucapkan terima kasih diatas pandangan tersebut InsyaAllah dimasa - masa akan datang kami akan memperhebatkan lagi promosi dalam setiap program yang dijalankan…..

1 comment:

  1. teruskan usaha, insyaallah perjuangan kita akan berjaya...

    ReplyDelete