Rasa terpanggil juga hati saya hendak menulis sepertimana rakan-rakan blogger yang lain tapi apakan daya saya ni lemah sangat bab bab menulis ni, bukan bidang saya menulis memberi pendapat atau sebagainya . Apa pun perasaan ingin mencuba itu tetap ada . Bukan nak mengada -ada bila minat dah ada apa pun saya akan cuba sedaya upaya lakukan.
Saya dilantik dalam AJK PPU Bahagian .Terima kasih yang tidak terhingga kepada sdr. Najuib kerana melantik saya dalam barisan AJK.PPU Bah. Maran. Saya bertanding,tapi kalah . Bilamana saya dilantik sebagai AJK.PPU Bah. Banyak jugalah kata- kata sumbang yang saya dengar. Ada yang kata saya ni tak berkelayakan. Ada yang kata kenapa saya, tak ada orang lain ke? Kenapa lantik saya tak lantik dia? macam macam lah yang saya dengar .Saya menerima dengan hati yang terbuka dan dengan kata-kata itulah sebenarnya memberi saya dorongan serta semangat untuk saya membuktikan dan meneruskan perjuangan. yang penting kepercayaan yang di beri tidak saya sia- sia kan .saya akan cuba berkhidmat sebaik mungkin demi parti Keramat UMNO dan juga untuk Masyarakat InsyaAllah........
Bila dah duduk dalam barisan AJK yang pertama terlintas difikiran saya bagaimana nak bagi idea nak satu kan semua ahli pemuda dalam bahagian maran. Maklumlah selepas pemilihan bukan semua boleh menerima kenyataan..... sampai hari ini pun masih lagi ada yang bersikap dingin.... Contoh baru- baru ni saya bertanya dengan seorang sahabat kapal sebelah sana la... soalan saya tak berkaitan dengan politik langsung, tapi jawapan yang dia beri “lu pikir la sendiri”. Saya tanya la sahabat tu lebih kurang macam ni “ bila la agaknya kita di Maran ni akan menerima Line Celcom 3g kat jengka dah ada” saya tanya dia macam tu. Tapi jawapan yang diberikan macam ni “ Awok tanya la K. Pemuda awak tu buat apa tanya kawan” saya tanya dia balik apa kaitan K. Pemuda dengan line 3g. Pas tu dia jawap “ Ah! Kp awok kan 'kuat' tak kan line celcom 3g pun tak boleh nak adakan.”. Jadi begitu lah penerimaan sesetengah pihak selepas pemilihan terhadap saya. Semasa dalam pemilihan ayatnya macam ni 'Tak kiralah sama ada menang atau kalah yang penting ahli UMNO ni dapat disatukan semula'. Bila kalah tak ada langsung yang menunjukkan yang mereka- mereka ni akan bersatu dan menerima dengan hati yang terbuka.perasaan dendam masih kuat terbuku dalam hati . Saya tak bermaksudkan semua tapi sesetengah sahaja. Berbalik dengan apa yang terlintas difikiran saya semasa mula- mula menjadi AJK Bah. Macammana nak bagi idea nak satukan ahli pemuda dalam bahagian maran.
Yang pertama – Ahli Jawatankuasa kena sentiasa turun ke cawangan- cawangan kena berjumpa semua ketua -ketua serta ahli di cawangan membincang perancangan,program,isu - isu semasa dan sebagainya .
Kedua - perbanyakan program- program berbentuk penerangan dan ceramah di setiap cawangan – cawangan selain daripada program berbentuk sukan dan sebagainya.dalam Pakatan Rakyat program program penerangan dan ceramah lah yang dapat meraih banyak sokongan pengundi.
ketiga -Mengadakan mesyuarat bagi Cawangan- Cawangan yang tidak menjalankan mesyuarat AJK Cawangan serta bermasaalah. dalam sesuatu Pertubuhan mesyuarat amat penting.dengan adanya Mesyuarat sesuatu keputusan itu dapat dibuat serta Program program dapat dijalankan
Apabila ketiga tiga ini sentiasa dapat dijalan kan InsyaAllah penyatuan semula ahli UMNO akan dapat dilaksana.dan yang penting Kemesraan. Kalau dulu Kp Caw. datang berjumpa AJK atau pun K.Pemuda Bahagian tapi kini dunia dah berubah senario politik pun berubah AJK Bahagian atau K.Pemuda Bah.yang kena datang berjumpa ketua ketua Pemuda serta ahli. Cawangan . Sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan sebahagiannya lebih kurang macam tu lah. Jadi sama -sama lah kita fikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk kita bersatu semula dan sama sama membantu memertabat bangsa melayu. “HIDUP UMNO''
itulah yang sebaiknya. tahniah atas komitment saudara dan semoga tekad saudara akan terus menjadikan UMNO terus dapat membela Agama Dan Bangsanya walau apapun dugaan mendatang.
ReplyDeletesyabas saudara....
ReplyDeleteakhirnya saudara terpanggil juga untuk menulis menyenai luahan hati yang lama terpendam. teruskan usaha tingkatkan perjuangan..
nantikan..
cucutokbahaman.blogspot.com