20 February 2009

HIMPUNAN JUNJUNG SETIA

Salam Perjuangan kepada semua sahabat2 serta blogger 2 dalam Bah. Maran serta diluar Bah. Maran yang mengikuti perkembangan Politik serta Program Pemuda Maran . Semalam kita menerima seorang lagi sahabat, blogger baru yang dinamakan abuwar,beliau merupa AJK PPU Bah. Maran. Tahniah diucapkan …untuk makluman kepada semua sahabat2 bloger silalah layari abuwar .blogspot.com.


Suka juga saya mengingatkan kepada semua sahabat2 pada 21/02/09 sabtu jam 9.00 pagi bertempat di padang awam Bandar Baru Chenor Biro Belia, Sukan , Kebudayaan ,Anti Dadah dan Putra UMNO akan menganjurkan pertandingan bola sepak 9 sebelah kepada semua Ahli Pergerakan Pemuda UMNO di sekitar dan dalam Bahagian Maran di jemput menyertai program tersebut.


Makluman yang terkini iaitu pada 19/02/09 (malam semalam) saya serta beberapa AJK Pemuda besama sama beberapa Ahli Pemuda Bah. Maran telah menyertai perhimpunan yang di namakan ‘Himpunan junjung setia’ yang di anjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan penyokong UMNO itu adalah bertujuan menunjukan taat setia kepada DYMM Raja- Raja Melayu dan mendesak agar Raja Raja Melayu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Penderhakaan yang dilakukan oleh Parti Pembangkang.semangat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pemuda amat jelas dan nyata dapat diterjemahkan dalam perhimpunan tersebut. Rata rata penyokong yang hadir menyuarakan hasrat dan amat mengharapkan satu tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas penderhaka dan pengkhianat bangsa ini agar perhimpunan tersebut tidak menjadi sia sia dan dipersendakan








2 comments:

  1. salam..tahniah kepada saudara kerana dgn semanngatnya bersama2 menyuarakan ketidakpuasan hati kepada manusia2 yg x sedar diri.

    ReplyDelete