18 February 2009

TOKOH PEMIMPIN PEMUDA YANG DI CARI...

Malam semalam 17/02/09 jam 9.30 malam di TV 9 saya sempat menyaksikan program ‘HUJAH’ yang menampil tiga tokoh Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Dato Sri Khir Toyo, Khairi Jamaludin dan Mukhris Mahathir .
ketiga tiga tokoh tersebut diajukan berbagai soalan isu isu terkini pan dangan peribadi serta cadangan dan penyelasaian . dalam ketiga tiga tokoh tersebut secara peribadinya saya menyatakan Dato Sri khir Toyo adalah takoh yang paling berwibawa dan mampu mengembalikan kegemilang pemuda UMNO dan memertabatkan bangsa melayu.
Ketokohan yang ada pada diri beliau untuk memimpin Pemuda amat jelas dan nyata .Jika saya adalah perwakilan ke kuala lumpur maka saya tidak ragu ragu untuk memilih Dato Sri untuk menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Itu adalah pandangan peribadi saya . bukan nak menidakkan ketokohan Khairi Jamaludin atau pun Mukhris semuanya hebat berhujah tapi yang lebih menyerlah dan berpengalaman adalah dato Sri Khir Toyo.
Mukhris yang lihat seorang tokoh yang ‘slow’ sikit manakala khairi jamaludin pula ‘over’ sikit sehinggakan tak sempat nak meneliti apa misi beliau senang ‘citer’ tak faham apa dia cakap. Kerana ada jawapan yang diberi tak kena dengan soalan . Jelas bagi saya yang khairi jamaludin masih belum lagi boleh memimpin. Manakala Mukhris yang dikatakan ‘slow’ itu sedikit sebanyak memberi pandangan yang menarik tentang misi beliau, namun begitu pendekatan atau misi yang dibawa masih kurang jelas .
kepada sahabat2 serta rakan blogger yang sempat tengok siaran tersebut silalah beri komen . mungkin penilaian serta pandangan dari saudara berlainan dari saya. Yang penting nyatakan pandangan peribadi dengan hati yang jujur.

6 comments:

  1. Salam Jai,

    Saya juga menonton malam tadi. Tetapi menonton dari persepsi yang berbeza. Untuk review saya, konjungilah blog saya.

    rentaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam...

    kita sebagai perwakilan cawangan hanya ada kuasa untuk mengundi di peringkat bahagian sahaja untuk memilih calon Ketua Pemuda Malaysia bagi memenuhi kouta calon..

    selebihnya terserah kepada 2 perwakilan bahagian, Naib ketua pemuda bahagian dan ketua pemuda bahagian untuk memilih calon yang sesuai mereka pilih bagi mewakili ahli umno bahagian masing-masing.

    bagi perwakilan semua, pilih lah calon yang sesuai untuk menerajui sayap pemuda demi menegakkan agama,bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  3. hebat anak buah dato' seri nih..

    ReplyDelete
  4. Dato' Seri Khir memang berwibawa. Beliau sgt sesuai untuk menerajui sayap Pemuda UMNO

    ReplyDelete
  5. Pendapat Peribadi Koi:-
    1)Khary... gelojoh sangat. Koi kenal sangat dia. Plat number KJ10Q. Tak layak jadi KP UMNO! Tak de jiwa Islam & Melayu (anak duta-duduk luar negara, tak faham adat & budaya).
    2)Khir Toyo..UNMO tewas di Selangor kerana (hasil servey koi) rakyat menyampah dengan orang keliling dia. Khususnye Ex-Exco: Rahman Palil... semua orang cakap (di Selangor) dia memperalatkan Jabatan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan.
    3)Mukriz... anak TDM.

    ReplyDelete
  6. AHLI PARTI MEMANG SUKA, TETAPI PENGUNDI PILIHAN RAYA ADA PANDANGAN BERBEZA, RAKYAT 1 MALAYSIA TAK BOLEH TERIMA...tembelang umno dah pecah... rakyat baca utusan malaysia baca internet rakyat lebih percayakan internet...

    ReplyDelete