26 February 2009

PROGRAM PEMUDA DI JENGKA 4

Salam…..

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli AJK PPU Maran meng war2kan program di jengka 4 pada 28/02/09 sabtu. Pentingnya kehadiran semua Ahli ke program tersebut adalah titik permulaan bagi semua Ahli Pemuda menunjuk kan sokongan dan Setia kepada Parti. Ia juga merupakan maruah PPU di Bah Maran.kenapa ianya di anjurkan di Jengka 4 kenapa tidak tempat lain?

Sebab yang utama adalah Jengka 4 merupakan kubu kuat Parti Pembangkang ianya merupakan Ibu Pejabat Bahagian PAS di Maran serta Ibupejabat Bahagian PKR di Maran. Dalam erti kata kita sekarang dalam misi menggempur kubu kuat pihak lawan.
Atas dasar itu kita mahu semua ahli PPU turut hadir bagi menjayakan program tersebut.bukan bermaksud kita nak berperang menggunakan senjata, tapi menunjukkan tindak balas kita terhadap program2 yang pihak Pembangkang jalankan disana dan berjaya menarik serta mempengaruhi ahli kita disana. Kita nak tunjuk pada mereka yang pemuda UMNO Bahagia Maran tidak lemah , Pemuda UMNO Bahagian Maran berani ,Pemuda UMNO bahagian Maran ada semangat juang………..

Saya meyeru dan merayu kepada semua ahli PPU Maran agar dapat bersama –sama menjayakan program tersebut. Datang lah beramai ramai , demi untuk Parti keramat UMNO. Tunjukkan rasa tanggungjawap kita terhadap Parti bukan semasa pemilihan saja kita perlu tunjukkan . sekarang lah masanya kita perlu bangkit, di saat pihak lawan semakin lemah kita perlu segera bangkit mengukuhkan kedudukan .

Hidup UMNO Maran!

UNTUK MAKLUMAT PROGRAM SILA LAYARI ABUWAR .BLOGSPOT.COM

3 comments:

  1. Salam Jai, Jengka 4 kubu PKR bro

    ReplyDelete
  2. guana pulok info dah macam tu.... masa mesyuarat tu hari kita dimaklum sedemikian

    ReplyDelete
  3. Kami menyediakan perkhidmatan rakaman video bagi sesi ceramah dengan kualiti terbaik. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami...

    rentaka...

    ReplyDelete