26 February 2009

PROGRAM PEMUDA DI JENGKA 4

Salam…..

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli AJK PPU Maran meng war2kan program di jengka 4 pada 28/02/09 sabtu. Pentingnya kehadiran semua Ahli ke program tersebut adalah titik permulaan bagi semua Ahli Pemuda menunjuk kan sokongan dan Setia kepada Parti. Ia juga merupakan maruah PPU di Bah Maran.kenapa ianya di anjurkan di Jengka 4 kenapa tidak tempat lain?

Sebab yang utama adalah Jengka 4 merupakan kubu kuat Parti Pembangkang ianya merupakan Ibu Pejabat Bahagian PAS di Maran serta Ibupejabat Bahagian PKR di Maran. Dalam erti kata kita sekarang dalam misi menggempur kubu kuat pihak lawan.
Atas dasar itu kita mahu semua ahli PPU turut hadir bagi menjayakan program tersebut.bukan bermaksud kita nak berperang menggunakan senjata, tapi menunjukkan tindak balas kita terhadap program2 yang pihak Pembangkang jalankan disana dan berjaya menarik serta mempengaruhi ahli kita disana. Kita nak tunjuk pada mereka yang pemuda UMNO Bahagia Maran tidak lemah , Pemuda UMNO Bahagian Maran berani ,Pemuda UMNO bahagian Maran ada semangat juang………..

Saya meyeru dan merayu kepada semua ahli PPU Maran agar dapat bersama –sama menjayakan program tersebut. Datang lah beramai ramai , demi untuk Parti keramat UMNO. Tunjukkan rasa tanggungjawap kita terhadap Parti bukan semasa pemilihan saja kita perlu tunjukkan . sekarang lah masanya kita perlu bangkit, di saat pihak lawan semakin lemah kita perlu segera bangkit mengukuhkan kedudukan .

Hidup UMNO Maran!

UNTUK MAKLUMAT PROGRAM SILA LAYARI ABUWAR .BLOGSPOT.COM

RTK ( rancangan tanah kelompok )

Salam ……

Pada 23/02/09 diperkarangan pej. Daerah Maran orang ramai berpusu- pusu datang untuk mengambil borang RTK . begitu lah keadaan setiap kali keluar borang baik borang saham felcra ke, borang perumahan ke, mahu pun borang RTK. Situasinya sama sahaja, saya sendiri pun tidak melepaskan peluang tersebut dalam hati saya berkata jugak ‘ambik je borang ni nak dapat entah la….cable kecik' ‘saya di maklum kan oleh sahabat saya Sdr khairul Amin melalui Msj beliau kepada setiap Ahli Pemuda UMNO di sekitar Maran dan Chenor. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memiliki borang ini dan Setiap lapisan masyarakat (bumiputera) berhak mendapatkan borang tersebut. Tak kira golongan menyokong kerajaan atau pun sebaliknya, semuanya datang untuk tujuan yang sama.

Kebanyakan yang datang adalah golongan generasi kedua maksudnya golongan muda la senang ‘citer’.Apa yang saya nak perkatakan di sini , bila melihat keadaan tersebut terlintas dihati saya beberapa persoalan

Persoalannya bila pemilihan/temuduga tersebut dijalankan .siapa golongan sasar yang layak untuk dapat. Bagaimana cara pemilihan tersebut dijalankan…….Bagi saya pemilihan secara telus susah dah masa sekarang ni, bukan sekarang ni je dulu lagi dah macam tu .Penemuduga pun manusia biasa tak lari dari ingin membantu saudara mara serta sahabat yang terdekat. Jadi bagaimana dengan orang lain yang tidak ada bersangkutan dengan orang yang memilih sedangkan ia berhak dan memang patut untuk dapat? siapa yang akan membela nasib mereka? cuba lagi itu la jawapan yang sesuai kan……..

Tapi nak dapat semua sekali memang la mustahil yang di perlukan 1000 yang memohon 5000 orang(Contoh) . kalau nak perkara ini jadi telus kerja banyak sikit la, wakil2 yang dipertanggungjawap kena turun padang buat penilaian yang teliti. Siapa yang nak buat kerja itu?….. orang kerajaan memang tak buatnya….. Jalan mudah dan terbaik ujudkan sIstem koata. Contohnya Pemuda ada koata , Wanita ada koata, Puteri ada koata Bahagian pun ada koata Ketua2 Cawangan ada koata Penghulu dan Tok 4 pun ada koata selain daripada YB yang sememangnya ada koata. Bila ujudnya koata secara tak langsung penilaian yang teliti dapat di jalankan. Penilaian teliti macam mana yang kita nak?

Sudah tentu Ahli UMNO yang kita utamakan.Ahli umno yang yang mempunyi tanggungan yang ramai, Ibu tunggal yang mempunyi tanggungan, Golongan miskin yang menerima zakat. Ahli umno yang tidak mempunyi Rumah dan Tanah .semua golongan itu yang harus di utamakan.
Sebenarnya itu perlu dilakukan supaya tidak ada lagi ayat ini selepas pemilihan. “ aku tak sokong umno pun dapat jugak tanah awak yang keje siang malam untuk umno dapat apa?” atau pun yang duduk atas pagar lagi mudah dapat itu ini daripada kita yang siang malam berkidmat untuk parti .

‘’lu pikerrr la sendiri!!!!!….

24 February 2009

PROGRAM BIRO SUKAN

Salam…..

Dua tiga hari ni memang sibuk sikit maklumlah banyak program, baik yang rasmi mau pun yang tidak rasmi….. tapi apa pun kesibukan yang saya alami namun minat nak berkongsi cerita tu tetap ada. Kepada rakan bloger yang ketinggalan bersama sama menjayakan program kami baru2 ni, disini saya nak kongsikan bersama dengan saudara serta sahabat2.

Yang pertamanya baru2 ni saya ada war warkan berkenaan program Biro Belia dan Sukan dan Kebudayaan iaitu pertandingan bola sepak 9 sepasukan, Alhamdulliah program tersebut telah pun di adakan dengan jayanya seperti yang dirancang tahniah kepada pengerusi Biro Sdr Shaiful Anuar diatas kejayaan mengadakan program tersebut. Sila lihat gambar di bawah……….. saya kira untuk maklumat terperinci silalah layari blog abuwar.blogspot.com













harap maaf kualiti gambar kurang baik.gambar ini yang dirakam menggunakan talipon bimbit.

20 February 2009

HIMPUNAN JUNJUNG SETIA

Salam Perjuangan kepada semua sahabat2 serta blogger 2 dalam Bah. Maran serta diluar Bah. Maran yang mengikuti perkembangan Politik serta Program Pemuda Maran . Semalam kita menerima seorang lagi sahabat, blogger baru yang dinamakan abuwar,beliau merupa AJK PPU Bah. Maran. Tahniah diucapkan …untuk makluman kepada semua sahabat2 bloger silalah layari abuwar .blogspot.com.


Suka juga saya mengingatkan kepada semua sahabat2 pada 21/02/09 sabtu jam 9.00 pagi bertempat di padang awam Bandar Baru Chenor Biro Belia, Sukan , Kebudayaan ,Anti Dadah dan Putra UMNO akan menganjurkan pertandingan bola sepak 9 sebelah kepada semua Ahli Pergerakan Pemuda UMNO di sekitar dan dalam Bahagian Maran di jemput menyertai program tersebut.


Makluman yang terkini iaitu pada 19/02/09 (malam semalam) saya serta beberapa AJK Pemuda besama sama beberapa Ahli Pemuda Bah. Maran telah menyertai perhimpunan yang di namakan ‘Himpunan junjung setia’ yang di anjurkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di PWTC Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dihadiri oleh ribuan penyokong UMNO itu adalah bertujuan menunjukan taat setia kepada DYMM Raja- Raja Melayu dan mendesak agar Raja Raja Melayu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Penderhakaan yang dilakukan oleh Parti Pembangkang.semangat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pemuda amat jelas dan nyata dapat diterjemahkan dalam perhimpunan tersebut. Rata rata penyokong yang hadir menyuarakan hasrat dan amat mengharapkan satu tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas penderhaka dan pengkhianat bangsa ini agar perhimpunan tersebut tidak menjadi sia sia dan dipersendakan








18 February 2009

TOKOH PEMIMPIN PEMUDA YANG DI CARI...

Malam semalam 17/02/09 jam 9.30 malam di TV 9 saya sempat menyaksikan program ‘HUJAH’ yang menampil tiga tokoh Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Dato Sri Khir Toyo, Khairi Jamaludin dan Mukhris Mahathir .
ketiga tiga tokoh tersebut diajukan berbagai soalan isu isu terkini pan dangan peribadi serta cadangan dan penyelasaian . dalam ketiga tiga tokoh tersebut secara peribadinya saya menyatakan Dato Sri khir Toyo adalah takoh yang paling berwibawa dan mampu mengembalikan kegemilang pemuda UMNO dan memertabatkan bangsa melayu.
Ketokohan yang ada pada diri beliau untuk memimpin Pemuda amat jelas dan nyata .Jika saya adalah perwakilan ke kuala lumpur maka saya tidak ragu ragu untuk memilih Dato Sri untuk menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Itu adalah pandangan peribadi saya . bukan nak menidakkan ketokohan Khairi Jamaludin atau pun Mukhris semuanya hebat berhujah tapi yang lebih menyerlah dan berpengalaman adalah dato Sri Khir Toyo.
Mukhris yang lihat seorang tokoh yang ‘slow’ sikit manakala khairi jamaludin pula ‘over’ sikit sehinggakan tak sempat nak meneliti apa misi beliau senang ‘citer’ tak faham apa dia cakap. Kerana ada jawapan yang diberi tak kena dengan soalan . Jelas bagi saya yang khairi jamaludin masih belum lagi boleh memimpin. Manakala Mukhris yang dikatakan ‘slow’ itu sedikit sebanyak memberi pandangan yang menarik tentang misi beliau, namun begitu pendekatan atau misi yang dibawa masih kurang jelas .
kepada sahabat2 serta rakan blogger yang sempat tengok siaran tersebut silalah beri komen . mungkin penilaian serta pandangan dari saudara berlainan dari saya. Yang penting nyatakan pandangan peribadi dengan hati yang jujur.

16 February 2009

USHA TANGGA KEJAYAAN

Salam…..

Dah dua hari tak buka computer rindu pulak rasanya, kerja harus diutamakan , periuk nasi kena jaga juga ….. “nanti tak 'berashap' dapur, Ajish.. he..he..he…” . kepada rakan blogger rakan AJK UMNO Bah. Maran serta sahabat2 ahli UMNO yang berkesempatan buka blog saya ini terima kasih banyak2 ada yang talifon saya beri komen, saya cakap dengan sahabat tu komen la dalam blog, dia cakap “tak reti bos” tapi apa pun sudi buka blog saya itu pun dah kira memadai terima kasih banyak2 . Bukan lah menarik sangat kerana saya masih dalam peringkat belajar. Sokongan serta bimbingan dari rakan amat diperlukan . saya tak kisah apa pun komen dari sahabat2 yang penting saya dapat belajar dan menambah ilmu.

Ilmu bukannya datang sendiri dan bukan dari mimpi ianya perlu dicari dengan usha kita sendiri. Sabar , tekun ,berani minat serta usha harus ada dalam mencari ilmu. biar pun belajar tak tinggi tapi semangat untuk terus mencari dan menimba ilmu itu masih ada dalam diri .InsyaAllah……..

Harus di ingat bukan mudah untuk mencari ilmu ,apatah lagi dalam usia yang semakin meningkat. Bagi saya itu semua adalah cabaran yang harus saya lalui serta tempuhi.

Bagi sahabat yang menalifon saya tempoh hari terima kasih banyak2 ‘’tak reti’’ bukan alasan, yang penting kita perlu usha dan beranikan diri mencuba dan terus mencuba . Komen beliau, Ada diantara Program Pemuda yang dijalan tanpa pengetahuan Ahli - Ahli sepatutnya setiap program haruslah dimaklumkan melalui surat atau pun sekurang - kurangnya SMS. Kalau di tulis dalam blog tak ramai ahli yang dapat mengikuti perkembangan tersebut begitu lah antara pandangan yang diberikan …….

Saya bagi pihak PPU Bah.Maran ingin mengucapkan terima kasih diatas pandangan tersebut InsyaAllah dimasa - masa akan datang kami akan memperhebatkan lagi promosi dalam setiap program yang dijalankan…..

14 February 2009

KIBARAN REBEN KUNING

Hari ini seperti yang di rancang, Sdr N.k Kahirul Amin telah melancarkan kempen kibarkan reban kuning bagi menunjukkan taat setia serta sokongan kepada DYMM TUANKU . Program yang dibuat secara santai ini di hadiri kira kira 40 wakil ahli pemuda Dun Luit ,Chenor dan Dun Kuala Sentul. Bermula pada pukul 9.00 pagi bertempat di restoran Teladas Inn aturcara majlis ringkas dan sederhana iaitu minum pagi serta penyerahan reben untuk semua ahli yang datang. Kepada semua ahli PPU Bah. Maran yang tidak dapat hadir pada pagi ini diharapkan dapat turut sama menjayakan kempen tersebut . 'DAULAT TUANKU' 'HIDUP UMNO'............

11 February 2009

Apa Punya Banganggg……????

Bila baca akhbar dimuka depan Utusan Malaysia tertera “Tetap Saman Sultan” karpal singh.Satu lagi berita bangang hari ini “Nizar terus berdegil jd MB. “ apa punya manusia jenis macam ni pun tak tau la…… .tak tau malu langsung . mana punya ‘olang’? . sepatutnya sebagai pemimpin yang berlandaskan Islam sebagai teras perjuangan ‘kununnye’ kena lah akur dan redha. Ini semua adalah kehendak yang maha kuasa . bila jadi macam ni seolah- olah Mohd. Nizar ni dah lupa tuhan ? “bawa mengucap Nizar” …… . dulu dia sekolah pondok agaknya ‘pondok durian’memalukan bangsa sendiri je……. ‘Kununnye’ nak tunjuk kuat bawa sekali penyokong masuk pejabat MB bila pengawal yang bertugas tak bagi masuk, pas tu buat kecoh , tak ke bodoh namanya ? ORANG MACAM NI NAK JADI PEMIMPIN ? ‘RENTIKAN’ KAN LA……… susah sangat ke nak menerima hakikat? Sepatutnya pemimpin atasan PR beri la nasihat sikit pada si Nizar yang 'budus' tu…. Bukannya menggalakkan dan menghalalkan tindakan budus macam tu…… tak ada kesudahannya …. Yang jadi Pak sanggup duk tebaring atas jalan orang melayu yang kena tangkap orang melayu yang baling objek kat kereta sultan orang melayu kata ramai sangat penyokong cina mana pegi? Sekor pun tak Nampak kalau ada pun jadi penuntun , penuntun kepada kebodohan orang melayu itu sendiri.sebagai bangsa melayu yang bermaruah sudah pasti kita amat marah dan terkilan dengan apa yang yang berlaku di Perak. Sangup jadi penderhaka kepada sultan demi untuk mempertahankn pemimpin yang bertopingkan dot…dot…dot…… (malas nak menghina bangsa sendiri setakat bodoh,bangang atau budus tu biasalah tak tahan nak marah sangat…..)

Bilamana si Nizar yang ‘budus’ dihalang masuk ke pejabat , beliau akan terus menjalankan tugas rasmi sebagai MB di kediaman rasmi menteri besar (berita lucu lagi menyedihkan abad ini).eloknya si Nizar ni dihukum buang Negeri agaknya baru nak faham…… dia ingat dia betul sangat,dia fikir dia kuat sangat…….. itu pasal la dia tak hiraukan perintah Sultan. Nizar ni pun kena juga diambil tindakkan macam si“karpal karam” tu kena buat laporan polis kerana “ingkar perintah sultan” . tak pun polis boleh juga ambil tindakan kerana menghina majikan kepada jabatan polis. POLIS DIRAJA . Nampak tak? polis ni Raja punya ‘bior reti sikit Youp!’.
.

LAPORAN POLIS



10 Februari 2009
Jam 2 Petang semalam saya serta AJK dan ahli UMNO Bahagian Maran telah menyertai perhimpunan secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis kuantan bagi menyokong tindakan PPU Negeri membuat laporan polis terhadap Karpal Singh yang telah menghina Raja –Raja Melayu. Perhimpunan yang dianjurkan oleh PPU Negeri itu disertai oleh beberapa bahagian iaitu Bahagian Indra Mahkota ,Pekan ,Rompin serta Maran.


Perhimpunan yang disertai kira kira 500 orang Ahli pergerakan Pemuda UMNO itu turut disertai oleh wakil pemuda MIC dan MCA. Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang setelah laporan polis selesai dibuat dan berakhir tanpa insiden insiden yang tidak diingini berlaku. perhimpunan yang sama akan diadakan semula pada hari khamis 12 febuari 2009 di hadapan Istana di Pekan, Pahang pada jam 1 petang .Semua dijemput hadir bagi menunjukan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur diatas kejayaan mengadakan perhimpunan tersebut.

Untuk makluman kepada semua ahli PPU Bah. Maran Naib ketua pemuda Bahagian Sdr Khairul Amin mencadangkan agar semua ahli mengikat kain atau reben kuning pada antena kereta,motosikal,bas,lori atau di tempat bersesuaian bagi menunjukkan sokongan kita terhadap KYDMM Raja-raja melayu sebagai ketua agama islam dan pemerintah.
.

08 February 2009

AJK VS BLOG


Senario yang melanda PPU Maran sekarang ini adalah pembukaan laman laman blog yang macam goreng pisang panas seorang demi seorang rakan rakan dalam AJK yang membuka laman blog . Bagi saya itu sebenarnya adalah petanda baik bagi memudahkan kita menyalurkan maklumat serta pendapat . Begitulah hebatnya Pemuda Maran, lagi ramai lagi bagus . Di ruangan blog ini kita dapat bertukar – tukar pandangan dan pendapat bukan semua pendapat kita betul dan bukan semua pandangan kita boleh diterima . Jadi untuk itu pandangan atau komen dari sahabat sahabat yang lain harus diterima pakai. Yang terbaru saya dengar Sdr K.Pemuda akan keluar dengan blognya sendiri tahniah bos!....

Bila kita dah mula sibuk menulis blog jangan pula dilupa matlamat sebenar kita . Sahabat kita di Caw. Caw bukan semua yang baca blog . Bukan maksud saya nak mengata pada sesiapa sebenarnya nak berkongsi pandangan dan mengingatkan diri sendiri. Perancangan serta program yang tersusun cantik perlu ada dari masa kesemasa . Biarlah program itu secara kecil kecilan di peringkat Caw saja contohnya tapi itu juga memberi impak yang besar terhadap parti. Yang penting kita sentiasa berdamping dengan sahabat sahabat diperingkat Caw.-Caw. supaya kita tak dilupakan .

Dalam situasi sekarang banyak perkara perkara diluar dugaan yang terjadi . Contohnya apa yang berlaku di Perak siapa sangka kita dapat semula berkuasa.tapi itulah ketentuanNya bukan niat nak komen pasal Perak biarlah bijak pandai yang buat komen.
Kita PPU di bahagian Maran ni seharusnya ambil sikap lebih berhati hati, kalau diperingkat atasan mudah mudah lompat parti apatah lagi yang dibawah . Di Perak pembangkang masuk parti kita, memanglah kita suka tapi adakah kita terfikir berapa ramai Ahli kita yang dah masuk pembangkang dalam senyap - senyap . Fikir – fikirkan lah dan sama – samalah kita cari formula yang terbaik untuk kita mengatasinya.
“SAYANG UMNO”..........

Program Biro Sukan

Seperti yang saya war-warkan dalam blog saya baru - baru ni program Biro Sukan dan Penyelaras Zon Luit telah pun diadakan seperti yang dijadualkan. Taniah kepada semua yang terlibat. Apa pun program yang dijadualkan 8.30 mlm telah tertunda disebabkan ganguan bekalan elektrik , dan menariknya pada malam tersebut semua perserta/pemain menunggu sehingga bekalan elektrik dipulihkan. bekalan letrik di pulih kira-kira jam 11.30 mlm. Perlawanan pertama dimulakan sejurus selepas itu dan berakhir kira- kira jam 1 pagi . Tahap kesabaran yang ditunjukan oleh semua ahli PPU pada malam tersebut patut dipuji. Syabas dan tahniah kepada semua........... untuk maklumat seterusnya serta maklumat bergambar sila layari blog http//cucutokbahaman.blogspot.com

05 February 2009

BERSATU SEMULA


Rasa terpanggil juga hati saya hendak menulis sepertimana rakan-rakan blogger yang lain tapi apakan daya saya ni lemah sangat bab bab menulis ni, bukan bidang saya menulis memberi pendapat atau sebagainya . Apa pun perasaan ingin mencuba itu tetap ada . Bukan nak mengada -ada bila minat dah ada apa pun saya akan cuba sedaya upaya lakukan.
Saya dilantik dalam AJK PPU Bahagian .Terima kasih yang tidak terhingga kepada sdr. Najuib kerana melantik saya dalam barisan AJK.PPU Bah. Maran. Saya bertanding,tapi kalah . Bilamana saya dilantik sebagai AJK.PPU Bah. Banyak jugalah kata- kata sumbang yang saya dengar. Ada yang kata saya ni tak berkelayakan. Ada yang kata kenapa saya, tak ada orang lain ke? Kenapa lantik saya tak lantik dia? macam macam lah yang saya dengar .Saya menerima dengan hati yang terbuka dan dengan kata-kata itulah sebenarnya memberi saya dorongan serta semangat untuk saya membuktikan dan meneruskan perjuangan. yang penting kepercayaan yang di beri tidak saya sia- sia kan .saya akan cuba berkhidmat sebaik mungkin demi parti Keramat UMNO dan juga untuk Masyarakat InsyaAllah........
Bila dah duduk dalam barisan AJK yang pertama terlintas difikiran saya bagaimana nak bagi idea nak satu kan semua ahli pemuda dalam bahagian maran. Maklumlah selepas pemilihan bukan semua boleh menerima kenyataan..... sampai hari ini pun masih lagi ada yang bersikap dingin.... Contoh baru- baru ni saya bertanya dengan seorang sahabat kapal sebelah sana la... soalan saya tak berkaitan dengan politik langsung, tapi jawapan yang dia beri “lu pikir la sendiri”. Saya tanya la sahabat tu lebih kurang macam ni “ bila la agaknya kita di Maran ni akan menerima Line Celcom 3g kat jengka dah ada” saya tanya dia macam tu. Tapi jawapan yang diberikan macam ni “ Awok tanya la K. Pemuda awak tu buat apa tanya kawan” saya tanya dia balik apa kaitan K. Pemuda dengan line 3g. Pas tu dia jawap “ Ah! Kp awok kan 'kuat' tak kan line celcom 3g pun tak boleh nak adakan.”. Jadi begitu lah penerimaan sesetengah pihak selepas pemilihan terhadap saya. Semasa dalam pemilihan ayatnya macam ni 'Tak kiralah sama ada menang atau kalah yang penting ahli UMNO ni dapat disatukan semula'. Bila kalah tak ada langsung yang menunjukkan yang mereka- mereka ni akan bersatu dan menerima dengan hati yang terbuka.perasaan dendam masih kuat terbuku dalam hati . Saya tak bermaksudkan semua tapi sesetengah sahaja. Berbalik dengan apa yang terlintas difikiran saya semasa mula- mula menjadi AJK Bah. Macammana nak bagi idea nak satukan ahli pemuda dalam bahagian maran.
Yang pertama – Ahli Jawatankuasa kena sentiasa turun ke cawangan- cawangan kena berjumpa semua ketua -ketua serta ahli di cawangan membincang perancangan,program,isu - isu semasa dan sebagainya .
Kedua - perbanyakan program- program berbentuk penerangan dan ceramah di setiap cawangan – cawangan selain daripada program berbentuk sukan dan sebagainya.dalam Pakatan Rakyat program program penerangan dan ceramah lah yang dapat meraih banyak sokongan pengundi.
ketiga -Mengadakan mesyuarat bagi Cawangan- Cawangan yang tidak menjalankan mesyuarat AJK Cawangan serta bermasaalah. dalam sesuatu Pertubuhan mesyuarat amat penting.dengan adanya Mesyuarat sesuatu keputusan itu dapat dibuat serta Program program dapat dijalankan
Apabila ketiga tiga ini sentiasa dapat dijalan kan InsyaAllah penyatuan semula ahli UMNO akan dapat dilaksana.dan yang penting Kemesraan. Kalau dulu Kp Caw. datang berjumpa AJK atau pun K.Pemuda Bahagian tapi kini dunia dah berubah senario politik pun berubah AJK Bahagian atau K.Pemuda Bah.yang kena datang berjumpa ketua ketua Pemuda serta ahli. Cawangan . Sebenarnya banyak lagi yang perlu dilakukan sebahagiannya lebih kurang macam tu lah. Jadi sama -sama lah kita fikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk kita bersatu semula dan sama sama membantu memertabat bangsa melayu. “HIDUP UMNO''

03 February 2009

HAK

Hak Sesama Muslim ada 6 perkara :

1.Memberi Salam
2.Memenuhi undangan
3.Memberi nasihat
4.Mendoakan orang bersin
5.Meenziarahi orang sakit
6.Mengiringi jenazah

(H.Baihagi)

KUNJUNGAN MUHIBAH


Hari ni saya ada menerima mesej yang dikirim oleh Sdr. Shaiful Anuar AJK. PPU bah. Maran . Beliau menjemput semua ahli pemuda khasnya Pemuda zon luit ke Program Kunjungan Muhibah Anjuran Biro Belia, Sukan dan Penyelaras Dun Luit di Dewan orang ramai Kg. Luit pada 6 febuari 2009.(jumaat malam sabtu) jam 8.30 malam . Pada malam tersebut akan di adakan perlawanan bedminton persahabatan antara AJK Pemuda Bah. Maran Dengan Pemuda cawangan Kg Luit . Kehadiran semua amatlah di alu - alukan .

02 February 2009

PERSAHABATAN

Persahabatan itu seperti tangan dgn mata. Saat tangan terluka mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya.. "Selamat Hari Persahabatan Sedunia". kepada semua sahabat- sahabat diserata pelusuk bumi.