11 February 2009

LAPORAN POLIS



10 Februari 2009
Jam 2 Petang semalam saya serta AJK dan ahli UMNO Bahagian Maran telah menyertai perhimpunan secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis kuantan bagi menyokong tindakan PPU Negeri membuat laporan polis terhadap Karpal Singh yang telah menghina Raja –Raja Melayu. Perhimpunan yang dianjurkan oleh PPU Negeri itu disertai oleh beberapa bahagian iaitu Bahagian Indra Mahkota ,Pekan ,Rompin serta Maran.


Perhimpunan yang disertai kira kira 500 orang Ahli pergerakan Pemuda UMNO itu turut disertai oleh wakil pemuda MIC dan MCA. Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang setelah laporan polis selesai dibuat dan berakhir tanpa insiden insiden yang tidak diingini berlaku. perhimpunan yang sama akan diadakan semula pada hari khamis 12 febuari 2009 di hadapan Istana di Pekan, Pahang pada jam 1 petang .Semua dijemput hadir bagi menunjukan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur diatas kejayaan mengadakan perhimpunan tersebut.

Untuk makluman kepada semua ahli PPU Bah. Maran Naib ketua pemuda Bahagian Sdr Khairul Amin mencadangkan agar semua ahli mengikat kain atau reben kuning pada antena kereta,motosikal,bas,lori atau di tempat bersesuaian bagi menunjukkan sokongan kita terhadap KYDMM Raja-raja melayu sebagai ketua agama islam dan pemerintah.
.

2 comments:

  1. AWANG BALAK SPG JENGKAAugust 31, 2009 at 1:45 AM

    EH EH EH KAN UMNO YANG PINDA PERLEMBAGAAN MEMBOLEHKAN RAJA RAJA DIDAKWA ??? KARPAL SINGH TU PERLI UMNO... FAHAM TAK???

    ReplyDelete
  2. AWANG KERIA LENGKORAugust 31, 2009 at 2:02 AM

    maran punya orang tolong jawab.DARA, JENGKA,dan lagi IADP PAHANG BARAT apa pasal kasi tutup ? lu orang diam takdak punai kah mau cakap ? semua tiga agensi masuk dalam maran punya parlimen kasi tutup apa punya politik ? KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, KEDA, LADA ada tutup ka? apa pasal pahang kasi tutup. betul punya cakap MARAN banyak rugi oo. lu orang mesyuarat ada bincang ini hal kah?

    ReplyDelete