31 January 2009

INFOLINE

Kepada semua Ahli Pegerakan Pemuda UMNO dalam Bahagian Maran jika ada sebarang komen,progaram atau pun maklumat yang mahu dikongsikan bersama sila lah SMS ketalian 0139960819 dan sertakan sekali nama sdr.jika info berbentuk program sila nyata tarikh , masa dan tampat. Talian ini hanya menerima SMS sahaja sebarang panggilan tidak dijawab kerana talian ini adalah talian terus komputer.

HADIS

1-Bacalah al-quraan, sesungguhnya al-quran itu datangnya pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat (penyelamat dari neraka) kepada pembacanya.(H.Muslim)

2-Sesungguhnya Allah Azzawajalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana roh(nyawanya) belum sampai ke kerongkong. (H.Muslim)

3-sesiapa yang mengatakan celaka kepada manusia (sebab kelemahannya)maka sebenarnya dialah yang paling celaka daripada mereka itu ( H.Ahmad)

Makluman


Sekadar makluman untuk semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Maran pada 28 JANUARI 2009
AJK PPU Bahagian Maran telah mengadakan mesyuarat di Dewan JKKK Felda kg. Awah.Sambutan daripada semua ahli pemuda setempat amat menggalakan.Mesyuarat berjalan lancar tanpa ganguan.Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Penyelaras Zon Chenor iaitu Sdr.Mazlan kerana berjaya mengadakan dan meyediakan tempat serta jamuan pada malam tersebut. Mesyuarat diadakan di Zon – Zon dalam bahagian maran adalah bertujuan merapatkan hubungan diantara ahli-ahli Pemuda cawangan dengan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian.Mesyuarat tersebut akan diadakan setiap bulan mengikut giliran Zon yang dimulakan di Zon Chenor di ikuti Zon Luit dan Zon Kuala Sentol.

29 January 2009

RENUNGAN BERSAMA

1-SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MELIHAT TUBUH DAN RUPA PARAS KAMU TETAPI MELIHAT HATI DAN AMALAN KAMU ( H.MUSLIM)

2-SESIAPA YANG MEMPERTAHANKAN KEHORMATAN SAUDARANYA DIWAKTU DIA TIADA MAKA ALLAH AKAN MEMPERTAHANKAN KEHORMATANYA DIHARI AKHIRAT KELAK (H. ABU DUNYA)

3-APABILA BERTEMU DUA ORANG MUSLIM LALU BERSALAMAN KEDUANYA MAKA DIAMPUN DOSA KEDUANYA SEBELUM MEREKA BERPISAH (H.ABU DAUD)

17 January 2009

PUJANGGA MENGATAKAN

1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.(Hamka).

2. Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. ( Aristotle )
3. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
( Aristotle ).
4. Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam (Budiman ).
5. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.(Hamka).
6. Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka )
7. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
8. Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
9. Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
10. Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).
11. Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka ).
12. Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.(Hamka)
13. Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
14. Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.
(Maksud hadis ).