08 February 2009

AJK VS BLOG


Senario yang melanda PPU Maran sekarang ini adalah pembukaan laman laman blog yang macam goreng pisang panas seorang demi seorang rakan rakan dalam AJK yang membuka laman blog . Bagi saya itu sebenarnya adalah petanda baik bagi memudahkan kita menyalurkan maklumat serta pendapat . Begitulah hebatnya Pemuda Maran, lagi ramai lagi bagus . Di ruangan blog ini kita dapat bertukar – tukar pandangan dan pendapat bukan semua pendapat kita betul dan bukan semua pandangan kita boleh diterima . Jadi untuk itu pandangan atau komen dari sahabat sahabat yang lain harus diterima pakai. Yang terbaru saya dengar Sdr K.Pemuda akan keluar dengan blognya sendiri tahniah bos!....

Bila kita dah mula sibuk menulis blog jangan pula dilupa matlamat sebenar kita . Sahabat kita di Caw. Caw bukan semua yang baca blog . Bukan maksud saya nak mengata pada sesiapa sebenarnya nak berkongsi pandangan dan mengingatkan diri sendiri. Perancangan serta program yang tersusun cantik perlu ada dari masa kesemasa . Biarlah program itu secara kecil kecilan di peringkat Caw saja contohnya tapi itu juga memberi impak yang besar terhadap parti. Yang penting kita sentiasa berdamping dengan sahabat sahabat diperingkat Caw.-Caw. supaya kita tak dilupakan .

Dalam situasi sekarang banyak perkara perkara diluar dugaan yang terjadi . Contohnya apa yang berlaku di Perak siapa sangka kita dapat semula berkuasa.tapi itulah ketentuanNya bukan niat nak komen pasal Perak biarlah bijak pandai yang buat komen.
Kita PPU di bahagian Maran ni seharusnya ambil sikap lebih berhati hati, kalau diperingkat atasan mudah mudah lompat parti apatah lagi yang dibawah . Di Perak pembangkang masuk parti kita, memanglah kita suka tapi adakah kita terfikir berapa ramai Ahli kita yang dah masuk pembangkang dalam senyap - senyap . Fikir – fikirkan lah dan sama – samalah kita cari formula yang terbaik untuk kita mengatasinya.
“SAYANG UMNO”..........

1 comment:

  1. SAYANG SEMUANYA , SUDAH TERLAMBAT...!!!

    ReplyDelete