28 May 2009

WIRA PENYELAMAT DAN NILA DUA TITIK

Salam………

Dalam kesibukan menjalan tugas harian ,sedikit kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk menulis diruangan ini .
Dan dalam mencari penyelesaian kemelut yang melanda Pemuda Bah Maran baru2 ini, timbul pula segelitir Ahli yang didalangi pihak tertentu yang merasakan diri mereka dianiya….. kalau nak diikutkan masaalah telah pun selesai keputusan telah pun diketahui siapa yang aniaya siapa kita sedia maklum dan ketahui . sepatutnya kita kena akur dan jangan pula kita mengeruhkan kembali suasana, buat apa kita nak bergaduh sesama sendiri sedangkan puncanya disebabkan orang lain. Orang yang bertanggungjawab dalam kemelut ini dilupakan dan seolah olah dimaafkan ……..

sepatutnya kita sekarang mencari jalan untuk mengukuhkan parti bukan membuat cerita yang bukan2 demi untuk kepentingan peribadi dan menunjukkan kononnya dialah wira penyelamat maruah seseorang. Kalau nak ikutkan kecewa semua orang berasa kecewa bukan hanya dua orang yang kecewa tetapi perjuangan harus di teruskan dan akur demi semua ahli ,kita berjuang dalam umno bukan untuk seorang individu tapi memperjuangkan untuk semua .

kita kena ingat semasa merebut jawatan kita tidak bersendirian semuanya ada sumbangan masing2, jadi jangan kita anggap orang lain tidak membantu dalam kemenangan dan jangan kita nampak hanya dua orang sahaja yang membuatkan kita boleh menang……. Saya berasa amat terkilan diatas apa yang berlaku dan amat berharap pihak2 tertentu agar tidak lagi membuat tohmahan2 atau cerita2 yang boleh menjejaskan keharmonian sesama sendiri.
Kalau kita tidak berpuas hati kita boleh meninggal jawatan yang kita pegang sekarang, tak ada masaalah, tetapi jangan sesekali cuba menghasut serta melaga-lagakan orang lain demi kepentingan peribadi serta agenda2 politik pihak tertentu yang boleh melemahkan pergerakan Pemuda UMNO Bah. Maran.

Ahli -ahli Pemuda harus diutamakan , jangan dilupa janji serta perinsip kita dalam membuat sebarang tindakan ,fikir dulu baru bertindak…… sebaik2nya kita dengar penjelasan baru menilai dan membuat keputusan ,bukan dengan mendengar penjelasan serta pendapat orang lain yang mana kita tidak tahu niat serta tujuannya ….. mulut manis belum tentu hati dan niatnya baik. jangan disebabkan nila “dua titik” nak buang susu sebelanga.

Tak ada masaalah buat apa nak cari masaalah bosssssssss.

27 May 2009

AKU KEMBALI

Salam……

Selamat berjuang kepada rakan2 blogger semua. Sudah sekian lama tidak menulis dalam ruangan ini bukan merajuk tapi kecewa hu3x… dengan situasi yang berlaku terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Maran baru2 ini . Alhamdulillah….. perasaan kecewa dalam diri saya ini hanyalah bersifat sementara . Perjuangan harus diteruskan ……… perkembangan politik tanah air tetap saya ikuti.

Apa yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis semula adalah disebabkan sikap kurang ajar blogger2 pihak pembangkang yang semakin hari semakin ‘sayangkan umno’ nampaknya. Segalanya mereka ambil tahu, segalanya tidak betul dan segalanya akan di cerca dan dihina seolah olah mereka saja yang betul ,mereka saja yang pandai , mereka saja yang bijak padahal habuk pun takde….. ini lah sikap2 yang ‘semestinya’ ada dalam hati dan diri orang2 PR . Mereka fikir dengan cara ini mereka dapat melemahkan umno? mereka silap…. sebenarnya mereka2 yang bodoh sombong ini telah membuatkan kita dalam umno ni semakin kuat dan matang.

Alhamdulilah….. dibawah kepimpinan Dato Sri Najib UMNO dilihat semakin mantap dan semakin pulih dengan masaalah2 dalaman. Pemimpin2 umno di peringkat kawasan sekarang sudah mula turun padang contohnya YB Dato Hj. Ahmad Munawar ADUN Luit sekarang khabarnya akan mengajar Agama , Tazkhirah dan sebagainya di surau2 dalam kawasan beliau . bagi saya usha murni YB Dato ini amat dialu- alukan oleh masyarakat setempat, tahniah saya ucapkan pada Yang berhormat dato’. Semoga segala usha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah SWT .Untuk makluman semua YB dato Hj Ahmad Munawar adalah bekas kadi Daerah Maran sebelum menjadi ADUN kaw. Luit.

Kesempatan yang ada ini tidak lupa saya ucapkan selamat bersidang kepada semua ahli pergerakan pemuda umno bahagian maran. Bagi yang sudah tahniah diucapkan……..
nantikan seterusnya..................................

08 April 2009

KEPIMPINAN NAJIB PENUHI ASPIRASI RAKYAT


Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Konsep 'Satu Malaysia' bina kembali hubungan kaum supaya perpaduan lebih konkrit dicapai JIKA Allah menghendaki seseorang itu naik ke tampuk kekuasaan, maka tiada siapa mampu menghalangnya. Dalam konteks akidah, apa yang tercatat di Luh Mahfuz mengenai segala takdir makhluk adalah sebahagian perkara yang diyakini orang mukmin. Maksud firman Allah SWT: "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan disisi-Nya terdapat Luh Mahfuz" (Ar-Ra'd ayat 39). Demikianlah apa yang ditakdirkan kepada Datuk Seri Najib Razak di Luh Mahfuz sudah menjadi kenyataan.

Pada 3 April lalu, rasmilah Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri disempurnakan di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Peralihan kuasa kali ini tetap berjalan dengan teratur dan lancar walaupun pembangkang cuba menyebarkan pelbagai dakyah memburukkan Najib dengan niat untuk menghalang beliau menjadi Perdana Menteri. Dalam ucapan sulungnya, Najib menegaskan bahawa beliau menerima amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Keazamannya untuk melaksanakan transformasi dapat difahami melalui slogan 'Satu Malaysia' dengan penekanan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berpaksikan keutamaan rakyat, Najib berazam untuk membasmi kemiskinan, memperkukuh struktur masyarakat, meningkat akses pendidikan serta meningkat semangat dan membangun potensi generasi muda sesuai dengan tuntutan zaman. Najib turut menekankan bahawa kepemimpinannya akan berdiri teguh menghadapi cabaran ekonomi. Beliau menunjukkan sikap keterbukaan apabila mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menarik balik pergantungan penerbitan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta berjanji akan menyemak semula ISA. Ia sekali gus menafikan persepsi buruk pembangkang bahawa Najib akan menjadi pemimpin yang keras dan tidak mesra rakyat. Apa yang dilakukan Najib itu adalah selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat. Beberapa hari sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri, Najib yang sebelum ini dipilih menjadi Presiden Umno sudah pun menjelaskan bahawa beliau insaf pelantikannya sebagai Perdana Menteri adalah satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.

Sikap tawaduknya membuktikan beliau bukan seorang yang gila kuasa seperti didakwa pembangkang. Selama ini terbukti beliau tidak pernah menentang bosnya. Najib menunjukkan sifat sabar dalam setiap kali berlaku pergolakan kepemimpinan dalam partinya. Ketika berlaku pergolakan pada 1998, yang menyaksikan Anwar disingkirkan daripada parti dan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Najib tetap setia dan menyokong bosnya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir keluar Umno dan mengkritik pentadbiran Pak Lah, Najib tetap setia kepada Pak Lah. Sikap Najib selari dengan slogan Umno iaitu 'Setia' dan 'Berkhidmat'. Apa pun, sebagai orang yang mengemudi haluan negara, Najib harus menunjukkan ketegasan terhadap perkara yang menyentuh keselamatan dan kedaulatan negara. Seperti dihuraikan Al-Mawardi, ulama tersohor yang terkenal dengan kitab Al-Hakim As-Sulthaniyah menyatakan bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin sepanjang masa. Cabaran memang menanti Najib. Daripada persoalan ekonomi hinggalah situasi politik negara yang tidak menentu boleh menjadi hambatan dan kekangan kepada pentadbirannya. Namun, kita yakin, berbekalkan pengalaman luas dalam politik, parti dan kerajaan serta disulami dengan kebijaksanaannya, Najib mampu menawarkan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Pastinya, Najib akan membentuk barisan Kabinet yang mantap, realistik dengan keadaan semasa dan dapat membantunya meneruskan agenda memacu negara ke arah kejayaan lebih bermakna. Najib tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana timbalannya dalam Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berikrar akan memberikan ketaatan dan kerjasama kepadanya. Dua bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Abdullah juga sedia memberikan sokongan kepada beliau.
Najib sedar perpaduan kaum yang kukuh dapat menjamin kestabilan politik negara. Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu, keharmonian kaum yang sudah terbina selama ini dicemari dengan banyaknya permainan politik berkisar kepada isu sensitif bersifat perkauman. Mujurlah kerja kuat pasukan polis yang sentiasa memantau keadaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersikap ekstrem, berjaya membendung keadaan. Namun, yang lebih penting ialah psikologi rakyat mesti dipulih dan diperkasakan. Justeru, beberapa hari sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri, Najib mengetengahkan konsep 'Satu Malaysia' untuk tujuan mempertaut dan membina kembali hubungan kaum supaya perpaduan yang lebih konkrit dapat dibina. Konsep ini ditunjangi dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. 'Satu Malaysia' wajar dijadikan slogan era kepemimpinan Najib dan dicadangkan ia dijadikan tema hari kemerdekaan negara tahun ini. Apa pun, usaha ini bukannya mudah kerana ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti pembangkang. Najib sudah pun memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk menilai cita rasa semua komuniti di negara ini dan memahami keperluan mereka.
Beliau akan memberikan penekanan terhadap pelaksanaan dasar yang lebih adil dan saksama kepada semua kumpulan etnik dan komuniti, termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak ada kaum di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan negara. Langkah mendampingi rakyat tanpa sambutan permaidani merah dan bunga manggar sudah pun dimulakan Najib. Sabtu lalu beliau membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara di tiga buah lokasi iaitu di Jalan Petaling, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
Lawatan itu bertujuan untuk bertemu dan mengetahui masalah rakyat. Pada saya, di sebalik tindakan Najib itu tersirat mesej untuk bakal barisan Kabinetnya supaya bersedia mendekati rakyat tanpa mengharapkan sambutan permaidani merah dan bunga manggar. Cara inilah yang dilakukan oleh ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu yang menyebabkan rakyat kasih, hormat dan setia kepada mereka.
Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

19 March 2009

TAHNIAH!..... TUKANG LAPOR,ANDA BERJAYA.

Salam……

Amat mengejutkan dan menyedihkan berita yang baru diterima oleh semua ahli Pemuda Bahagian Maran iaitu penggantungan Jawatan keatas ketua Pemuda Bah.Maran Sdr Najuib selama 3 tahun berikutan apa yang didakwa sebagai melanggar etika semasa pemilihan bahagian baru baru ini.

Secara peribadinya saya merasakan amat kecewa akan keputusan tersebut. tapi apakan daya keputusan telah pun dibuat. Kita hanya mampu berserah dan mendoakan agar rayuan dapat dibuat supaya keputusan itu dapat dipertimbangakan semula .

Tahniah!...... KEPADA TUKANG LAPOR kerana Berjaya mensabitkan kesalahan tersebut. apa yang anda dapat banggakan dengan kejayaan seumpama ini?. Percayalah hidup anda semua tidak akan tenang……. Semua sedia maklum kesalahan yang dilakukan itu turut sama anda lakukan semasa pemilihan Cuma kemenangan tidak memihak kepada anda . Hari ini anda semua mampu berbagga kerana mencipta sejarah pahit untuk pergerakan pemuda umno bahagian maran tapi jangan dilupa anda semua juga telah mencipta musuh politik anda sendiri………. INGAT!!!!! .apa yang anda lakukan hari ini tidak akan dilupakan sampai bila bila.

Kemenangan sdr Najuib dalam pemilihan PPU Bahagian baru2 ini bukanlah semata2 didorong oleh wang ringgit atau pun pemberian baju dan sebagainya .kemenagan itu adalah kemenangan semua ahli diperingkat akar umbi yang mahukan beliau memimpin Pemuda UMNO Bahagian Maran. Apa yang penting adalah hubungan, hubungan yang beliau jalinkan dengan ahli bawahan amat rapat sejak sekian lama. Sehinggakan semua ketua pemuda cawangan dan perwakilan dapat beliau kenal ,baik yang menyokong mahupun yang tidak menyokong . jarang sekali pemimpin yang terdahulu mampu menjaga hubungan sedemikian. Amat tidak adil bagi seorang pemimpin yang berwibawa seperti beliau menjadi mangsa kepada mereka2 yang kecewa, busuk hati serta mempunyai sifat hasad dengki.

Kepada semua ahli PPU Bah. Maran marilah kita sama2 berdoa agar sdr. Najuib beroleh kesejahteraan dan kekuatan menempuh dugaan ini. Dan berharap MT UMNO atau pun pihak yang terbabit akan menerima rayuan beliau serta meringankan hukuman keatas beliau.

*** petikan msj dari saudara Najuib.
“Salam, setiap kali pemilihan, semua calon2 yang bertanding apa jua jawatan dicawangan,bahagian atau pusat akan berkempen.ini adalah perkara lumrah di dalam parti, walaupun kita tahu berkempen itu salah dan melanggar etika , bersalahnya seseorang itu bilamana terdapat bukti salahlaku dari pengadu tertentu yg. Kebanyakan darinya kecewa dan marah serta dendam kerana kalah bertanding walhal mereka2 ini melakukan perkara yang sama, percayalah saudara , mereka2 ini adalah perosak parti."

06 March 2009

KRONOLOGI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI AZLAN

28 Jun - Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun - Anwar lari mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki (Barlas Ozener – Duta Turki) di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, dari Ahad.

30 Jun - Anwar keluar dari Kedutaan Turki pada jam 6.45 petang, selepas berlindung selama 36 jam. Beliau ditemani oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Sankara Nair (peguam peribadi DSAI)

1 Julai - Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dan Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia menganggap isu liwat adalah hak asasi individu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

1 Julai - Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai - Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri cabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar.

4 Julai - Dr. Rais Yatim, (Menteri Luar Negara Malaysia) hantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. Surat tersebut telah dihantar kepada Condolezza Rice dengan menyatakan rasa dukacita kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tom Casey itu.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/4/nation/20080704200231&sec=nation

8 Julai - Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.
11 Julai - Anwar hantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat. Anwar juga menuntut RM100 juta.

14 Julai - Anwar tidak hadir beri keterangan kepada polis dan waran tangkapTemujanji yang dibuat antara Anwar dan Polis, 2.30 petang di IPK tidak ditunaikan oleh pihak Anwar.
Pada 13 Julai, Anwar berjanji akan hadir ke IPK untuk beri keterangan dakwaan kes liwatnya tetapi mengubah fikiran untuk tidak hadir ke IPK kerana dakwa tiada arahan lengkap daripada polis.

Polis pula dakwa telah beri notis lengkap kepada Anwar dan menunggu sehingga pukul 5 petang tetapi Anwar gagal menghadirkan diri. Ekoran daripada itu polis telah mengeluarkan waran tangkap kerana Anwar tidak bekerjasama dalam membantu siasatan dakwaan kepadanya.
15 Julai: Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.

16 Julai - Temujanji kedua Anwar - polis dan ditahan

10.05 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari: Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam: Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.


Sokongan padu Amerika dan sekutu ke atas Anwar


16 Julai - Lorne Craner, President of the International Republican Institute-IRI dan Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute-NDI hantar surat sokongan kepada Anwar. Majalah "Islamica Magazine" yang beroperasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito dan Anwar telah lancar kempen sokong Anwar.
http://www.islamicamagazine.com/general/Open-Letter-Concerning-Anwar-Ibrahim.html
http://www.accessdemocracy.org/library/2341_my_malaysiastatement_engpdf_07162008.pdf

16 Julai - Sean McCormack (Spokesman US State Department) juga mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap kes liwat yang dihadapi oleh Anwar.
http://www.malaysianbar.org.my/letters_others/us_state_department_s_press_statement_on_anwar.html
17 Julai - Anwar dibebaskan dengan jaminan polis.

17 Julai – Joseph Estrada (bekas President Filifina) memberi sokongan kepada Anwar dan menyifatkan penahanan Anwar adalah satu muslihat politik semata-mata. http://anwaribrahimblog.com/2008/07/17/erap-feels-for-friend-anwar/

17 Julai - Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://accountability21.net/uploadedFiles/AccountAbility%20Highlights%20Malaysia%27s%20Opportunity%20to%20Provide%20Global%20Leadership.pdf

17 Julai - Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis.18 Julai - Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) dan Lord Patten (Co-chair ICG) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://www.crisisgroup.org/home/index.cfm?id=5581&l=1&m=1

21 Julai: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai: Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Tan Sri Ghani Patail (Peguam Negara) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara). Beliau telah ditemani oleh dua peguam peribadi iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah.

23 Julai - Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/23/taklimat-dengan-komuniti-diplomatik/


24 Julai - Tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis telah membuat kenyataan bersama untuk sokong Anwar. Mereka desak Malaysia agar gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin (bekas Presiden Kanada, 2003-2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia).
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/25/keyakinan-masyarakat-antarabangsa/

24 Julai - Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang dalam mengendalikan tuduhan liwat Anwar. Amerika anggap isu Anwar bukan isu dalaman tetapi isu antarabangsa.
http://app.mfa.gov.sg/pr/read_content.asp?View,10697

24 Julai – World Movement for Democracy (WMD) juga mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat yang dihadapinya.
http://www.wmd.org/democracyalerts/july2408.html
Anwar kempen hentikan siasatan dan gugurkan kes


28 Julai - Raja Petra (Blogger Malaysia Today) telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi tentang pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan Anwar dakwa laporan itu menunjukkan beliau tidak bersalah, walaupun dalam laporan itu doktor yang sama menasihati mangsa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

30 Julai - Anwar hadir ke JAWI untuk memberi keterangan susulan. Kenyataan rasmi daripada Hospital Pusrawi menafikan Dr Mohamad Osman sebagai doktor pakar yang layak memeriksa mangsa. Beliau hanya seorang doktor biasa.

30 Julai - Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai - Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Wan Azizah Wan Ismail letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding semula.

1 Ogos - Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika hantar perutusan sokongan terhadap Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/06/kenyataan-media-al-gore/

1 Ogos – John Esposito dan John O Vall turut menyatakan sokongan kepada Anwar berhubung kes liwatnya. Esposito dan John O Vall mahukan kerajaan Malaysia bertindak telus dan adil.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/01/dr-john-esposito-and-dr-john-voll-of-georgetown-support-anwar-ibrahim/

7 Ogos – Sandra Day O’Connor dan Gus Dur ada menulis surat menyatakan sokongan terhadap Anwar, bertajuk “To defend Anwar is to defend Malaysian democracy” .
http://www.ft.com/cms/s/0/1a03116e-6484-11dd-af61-0000779fd18c.html


8 Ogos – John Esposito (Founder & Director Center for Muslim Christian Understanding, CMCU) dan isterinya Jean datang ke rumah Anwar bagi membincangkan mengenai kes liwatnya dan buku terbaru karya John Esposito bertajuk “Who Speaks for Islam”. Turut sama Wensi bersama isterinya (dua tokoh politik Filifina) dan Profesor Osman Bakar bersama isterinya, Badariah.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/

9 Ogos – Adi Sasano (bekas Ketua Umum Ikatan Cendiakiawan Muslim Indonesia) bersama isterinya turut menyatakan sokongan terhadap Anwar sehingga sanggup datang berkunjung ke kediaman Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/


18 Ogos – Abdurrahman Wahid (Gus Dur) hadir untuk mengadakan sidang media berhubung isu liwat Anwar, yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Mechant Square, Tropicana pada jam 10.30 pagi.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/18/sidang-media-gus-dur-di-ibu-pejabat-pkr/

30 Oktober – John O Voll (Associate Prof CMCU) dan Dr. Munawar Anees (bekas penulis ucapan Anwar) berkunjung ke rumah Anwar untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar berhubung kes liwatnya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/30/makan-malam-bersama-prof-john-voll-dan-dr-munawar-anees/

Anwar kena dakwa meliwat Saiful di Mahkamah Seksyen Jalan Duta

6 Ogos: Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat pada 7 Ogos.

7 Ogos : Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Saiful Bukhari. Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Mahkamah menetapkan 10 September tarikh perbicaraan.

15 Ogos : Saiful Bukhari angkat sumpah diliwat oleh DSAI di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

16 Ogos : Anwar hantar borang penamaan calon bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

17 Ogos : Anwar adakan sidang media di Bilik Gerakan Utama, PKR di Penanti, Permatang Pauh. Dalam sidang media tersebut, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh bekas pembantunya.

19 Ogos : Penggubalan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

19 Ogos : Saiful Bukhari memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh DSAI kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

24 Ogos : Ustaz Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) berucap dari satu pentas ke pentas PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh mengaku dirinya diarah untuk menjadi saksi. Tindakannya dianggap sebagai bahan kempen memenangkan Anwar saat-saat akhir.

26 Ogos : Anwar menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

28 Ogos : Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada jam 10.03 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan mengumumkan perlantikan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

28 Ogos : Anwar diwawancara oleh Al-Jazeera (101 East). Beliau dakwa yakin akan jadi PM pada 16 September, dan turut dakwa berlaku peralihan kuasa kerana telah mempunyai majoriti yang cukup yang bakal melompat parti.

10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September.

12 September : Rombongan PKR ke Taiwan kononnya untuk pujuk ahli Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak melompat parti. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) menyatakan bahawa beliau amat yakin peralihan kuasa berlaku pada 16 September.16 September : Tiada pertukaran kerajaan. Sidang Akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya, Anwar sekali lagi mendakwa sudah mencukupi bilangan yang cukup dan melebihi 31 ahli Barisan Nasional yang bersedia masuk PKR.

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful


7 Ogos : Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000. Perbicaraan disambung 10 September.

10 September : Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September : Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober : Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.

8 Oktober : Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.9 Oktober : Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

31 Oktober
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang tadi.

7 November
Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar.
Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu para pemberita bahawa pihaknya pasti membuat dua permohonan iaitu bagi rayuan dan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini


14 November
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehingga hari ini kes tersebut masih lagi belum di bicarakan........

04 March 2009

KERATAN AKHBAR

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee
Oleh SITI MARIAM MD. ZAINutusanperak@utusan.com.my

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.

Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.

Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.

Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.

Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.

Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.

Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'

Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'

Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.

Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.

Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.

Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.
Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

03 March 2009

PROGRAM JENGKA 4


simpang jengka 4 jalan masuk



gotong - royong persiapan tempat serta memasang bendera BN dan UMNO



antara suka rela yang hadir bergotong royong memasang khemah dan banner. melepaskan penat leleh di kedai kopi



kursus pengurusan jenazah
10 pagi hingga 1 tengahari






Pertandingan karom dan batu saremban

3 ptg hingga 6 petang





Pada sebelah malam program ceramah politik yang disampaikan oleh sdr khairul amin N/K PPU Maran, Sdr Najuib ketua PPU Maran YB Dato hj.Ismail bin hj Mutalib Ahli Parlimen Maran serta Sdr. Lokman noor bin Adam selaku penceramah yang di undang khas pada malam tersebut.
































































































































































































































































































































































































































26 February 2009

PROGRAM PEMUDA DI JENGKA 4

Salam…..

Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli AJK PPU Maran meng war2kan program di jengka 4 pada 28/02/09 sabtu. Pentingnya kehadiran semua Ahli ke program tersebut adalah titik permulaan bagi semua Ahli Pemuda menunjuk kan sokongan dan Setia kepada Parti. Ia juga merupakan maruah PPU di Bah Maran.kenapa ianya di anjurkan di Jengka 4 kenapa tidak tempat lain?

Sebab yang utama adalah Jengka 4 merupakan kubu kuat Parti Pembangkang ianya merupakan Ibu Pejabat Bahagian PAS di Maran serta Ibupejabat Bahagian PKR di Maran. Dalam erti kata kita sekarang dalam misi menggempur kubu kuat pihak lawan.
Atas dasar itu kita mahu semua ahli PPU turut hadir bagi menjayakan program tersebut.bukan bermaksud kita nak berperang menggunakan senjata, tapi menunjukkan tindak balas kita terhadap program2 yang pihak Pembangkang jalankan disana dan berjaya menarik serta mempengaruhi ahli kita disana. Kita nak tunjuk pada mereka yang pemuda UMNO Bahagia Maran tidak lemah , Pemuda UMNO Bahagian Maran berani ,Pemuda UMNO bahagian Maran ada semangat juang………..

Saya meyeru dan merayu kepada semua ahli PPU Maran agar dapat bersama –sama menjayakan program tersebut. Datang lah beramai ramai , demi untuk Parti keramat UMNO. Tunjukkan rasa tanggungjawap kita terhadap Parti bukan semasa pemilihan saja kita perlu tunjukkan . sekarang lah masanya kita perlu bangkit, di saat pihak lawan semakin lemah kita perlu segera bangkit mengukuhkan kedudukan .

Hidup UMNO Maran!

UNTUK MAKLUMAT PROGRAM SILA LAYARI ABUWAR .BLOGSPOT.COM

RTK ( rancangan tanah kelompok )

Salam ……

Pada 23/02/09 diperkarangan pej. Daerah Maran orang ramai berpusu- pusu datang untuk mengambil borang RTK . begitu lah keadaan setiap kali keluar borang baik borang saham felcra ke, borang perumahan ke, mahu pun borang RTK. Situasinya sama sahaja, saya sendiri pun tidak melepaskan peluang tersebut dalam hati saya berkata jugak ‘ambik je borang ni nak dapat entah la….cable kecik' ‘saya di maklum kan oleh sahabat saya Sdr khairul Amin melalui Msj beliau kepada setiap Ahli Pemuda UMNO di sekitar Maran dan Chenor. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memiliki borang ini dan Setiap lapisan masyarakat (bumiputera) berhak mendapatkan borang tersebut. Tak kira golongan menyokong kerajaan atau pun sebaliknya, semuanya datang untuk tujuan yang sama.

Kebanyakan yang datang adalah golongan generasi kedua maksudnya golongan muda la senang ‘citer’.Apa yang saya nak perkatakan di sini , bila melihat keadaan tersebut terlintas dihati saya beberapa persoalan

Persoalannya bila pemilihan/temuduga tersebut dijalankan .siapa golongan sasar yang layak untuk dapat. Bagaimana cara pemilihan tersebut dijalankan…….Bagi saya pemilihan secara telus susah dah masa sekarang ni, bukan sekarang ni je dulu lagi dah macam tu .Penemuduga pun manusia biasa tak lari dari ingin membantu saudara mara serta sahabat yang terdekat. Jadi bagaimana dengan orang lain yang tidak ada bersangkutan dengan orang yang memilih sedangkan ia berhak dan memang patut untuk dapat? siapa yang akan membela nasib mereka? cuba lagi itu la jawapan yang sesuai kan……..

Tapi nak dapat semua sekali memang la mustahil yang di perlukan 1000 yang memohon 5000 orang(Contoh) . kalau nak perkara ini jadi telus kerja banyak sikit la, wakil2 yang dipertanggungjawap kena turun padang buat penilaian yang teliti. Siapa yang nak buat kerja itu?….. orang kerajaan memang tak buatnya….. Jalan mudah dan terbaik ujudkan sIstem koata. Contohnya Pemuda ada koata , Wanita ada koata, Puteri ada koata Bahagian pun ada koata Ketua2 Cawangan ada koata Penghulu dan Tok 4 pun ada koata selain daripada YB yang sememangnya ada koata. Bila ujudnya koata secara tak langsung penilaian yang teliti dapat di jalankan. Penilaian teliti macam mana yang kita nak?

Sudah tentu Ahli UMNO yang kita utamakan.Ahli umno yang yang mempunyi tanggungan yang ramai, Ibu tunggal yang mempunyi tanggungan, Golongan miskin yang menerima zakat. Ahli umno yang tidak mempunyi Rumah dan Tanah .semua golongan itu yang harus di utamakan.
Sebenarnya itu perlu dilakukan supaya tidak ada lagi ayat ini selepas pemilihan. “ aku tak sokong umno pun dapat jugak tanah awak yang keje siang malam untuk umno dapat apa?” atau pun yang duduk atas pagar lagi mudah dapat itu ini daripada kita yang siang malam berkidmat untuk parti .

‘’lu pikerrr la sendiri!!!!!….

24 February 2009

PROGRAM BIRO SUKAN

Salam…..

Dua tiga hari ni memang sibuk sikit maklumlah banyak program, baik yang rasmi mau pun yang tidak rasmi….. tapi apa pun kesibukan yang saya alami namun minat nak berkongsi cerita tu tetap ada. Kepada rakan bloger yang ketinggalan bersama sama menjayakan program kami baru2 ni, disini saya nak kongsikan bersama dengan saudara serta sahabat2.

Yang pertamanya baru2 ni saya ada war warkan berkenaan program Biro Belia dan Sukan dan Kebudayaan iaitu pertandingan bola sepak 9 sepasukan, Alhamdulliah program tersebut telah pun di adakan dengan jayanya seperti yang dirancang tahniah kepada pengerusi Biro Sdr Shaiful Anuar diatas kejayaan mengadakan program tersebut. Sila lihat gambar di bawah……….. saya kira untuk maklumat terperinci silalah layari blog abuwar.blogspot.com













harap maaf kualiti gambar kurang baik.gambar ini yang dirakam menggunakan talipon bimbit.