04 February 2010

JANGAN SESEKALI LEKA ...

Salam 1 malaysia,

Alhamdulillah sedikit kesempatan yang ada bagi memenuhi ruang ini ingin saya bersama-sama saudara bertukar-tukar fikiran untuk kita renungkan bersama…

Suatu ketika tidak lama dahulu kita dalam umno telah diduga dengan bermacam macam rintangan dan masaalah dalaman Parti. Dengan kesungguhan serta berkat sabar kita dalam menangani masaalah demi masaalah akhirnya kita terkeluar dari kemelut dalaman walaupun ianya tidaklah 100% selesai namum persefahaman itu nampak jelas kelihatan antara barisan kepimpinan dengan semua ahli peringkat akar umbi.

Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan juara rakyat nampaknya berjaya memberi impak yang besar dalam misi memulihkan keyakinan ahli UMNO terhadap parti UMNO….. kini kita mampu tersenyum melihat kerenah dan masaalah dalaman parti pembangkang yang semakin memuncak membuatkan kita terleka dan melupakan masaalah yang sama kita hadapi suatu ketika dahulu.

Walau apa pun masaalah atau kemelut yang melanda parti pembangkan ketika ini, seharusnya kita tidak terus leka . Jika kita mampu bangkit semula begitu juga dengan parti lawan akan mampu bangkit semula. Dalam peperangan yang tidak memerlukan peluru dan senjata waktu dan ketika inilah yang kita tunggu-tungu untuk kita terus mara dan berusaha menawan hati setiap pengundi pengundi serta memperhebatkan lagi usaha kita memulihkan hubungan serta memartabatkan bangsa melayu.

Ruang dan peluang yang sama juga dilakukan pihak lawan dalam PRU12 menyaksikan kita mengalami kekalahan yang teruk. Cuba kita renung dan fikirkan bersama adakah kita sekarang dalam kedudukan yang selesa…sebenarnya masih banyak kelemahan dan kepincangan dalam parti yang kita harus perbaiki dan selesaikan … keutamaan harus dilakukan diperingkat cawangan-cawangan, selasai kan isu isu serta memberi perhatian yang serius dalam usul usul dari cawangan . ini penting bagi kita menampakkan usaha dan keikhlasan kita dalam membantu menyelesaikan masaalah-masaalah dalam cawangan sebagaimana yang kita laungkan suatu ketika dulu.

Siapa yang harus kita pulihkan sebenarnya? ,galongan yang macamana yang menjadi sasaran kita, apa strategi kita untuk menarik golongan golongan tersebut semuanya itu haruslah diteliti dan dikaji secara mendalam oleh semua peringkat .

Namun begitu walaupun kita tidak mampu untuk menyelesaikan masaalah semua cawangan akan tetapi kita sudah mula menampakkan usaha kearah itu .namun ianya masih diperingkat permulaan dan masih dalam membaik pulih.

Tahniah diucapkan kepada semua Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Bah. Maran diatas keperhatinan serta pendekatan yang berbeza dari Kepimpinan sebelum ini.semoga segala usaha-usaha kearah apa yang kita namakan menambah baik hubungan dan khidmat serta memberi penerangan-penerangan tentang halu tuju UMNO ke cawangan - cawangan ini akan sentiasa di pertingkatkan dari masa ke semasa, semoga ianya menjadi amalan dan contoh kepada pemimpin-pemimpin yang akan datang.

01 February 2010

PROGRAM GERAK KERJA AJK PPU MARAN

Alhadulillah... semalam 31 JANUARI selesai sudah program gerak kerja AJK PPU Bhg. Maran yang dirasmikan oleh Yb.Dato Tan Mohd. Aminudin bin Hj. Ishak di Hotel Sri Malaysia genting highland...

Apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Program ini merupakan Program pertama AJK PPU Maran dalam misi memulihkan hubungan antara sesama AJK, saya kira macam tu lah... Namun itu bukanlah agenda sebenarnya,mungkin penilaian sahabat2 lain berbeza. Secara tak langsung program ini juga dapat memupuk semangat baru dalam barisan kepimpinan AJK PPU Bhg Maran.

yang menariknya semangat kerjasama amat jelas kelihatan apabila semua diberi peluang memberi pendapat serta buah fikiran masing - masing. cuma sedikit kepincangan apabila kehadiran tidak penuh .5 AJK tak dapat bersama sama dalam program ini. disebabkan urusan peribadi yang tak dapat dielakkan memungkinkan mereka tidak dapat bersama sama, Apa pun kepada yang hadir dan bersama sama menjayakan program tersebut tahniah diucapkan.....

Bagi diri saya yang mengakui kurangnya disiplin diri dan juga sahabat sahabat yang lain yang sependapat dan sealiran dengan saya mari lah kita sama sama berusaha mengubah keadaan itu dari masa kesemasa...numun keadaan itu tidaklah sampai menjejaskan serta mengganggu program-program yang dijalankan.

Kepada semua AJK PPU Maran dan termasuklah diri saya sendiri diharapkan program tersebut dapat memberi manafaat kepada semua dan dapat dikongsikan bersama-sama dengan semua Ahli Pemuda seperti mana yang telah kita rancangkan dan bincangkan bersama-sama. INSYAALLAH...

27 November 2009

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

28 May 2009

WIRA PENYELAMAT DAN NILA DUA TITIK

Salam………

Dalam kesibukan menjalan tugas harian ,sedikit kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk menulis diruangan ini .
Dan dalam mencari penyelesaian kemelut yang melanda Pemuda Bah Maran baru2 ini, timbul pula segelitir Ahli yang didalangi pihak tertentu yang merasakan diri mereka dianiya….. kalau nak diikutkan masaalah telah pun selesai keputusan telah pun diketahui siapa yang aniaya siapa kita sedia maklum dan ketahui . sepatutnya kita kena akur dan jangan pula kita mengeruhkan kembali suasana, buat apa kita nak bergaduh sesama sendiri sedangkan puncanya disebabkan orang lain. Orang yang bertanggungjawab dalam kemelut ini dilupakan dan seolah olah dimaafkan ……..

sepatutnya kita sekarang mencari jalan untuk mengukuhkan parti bukan membuat cerita yang bukan2 demi untuk kepentingan peribadi dan menunjukkan kononnya dialah wira penyelamat maruah seseorang. Kalau nak ikutkan kecewa semua orang berasa kecewa bukan hanya dua orang yang kecewa tetapi perjuangan harus di teruskan dan akur demi semua ahli ,kita berjuang dalam umno bukan untuk seorang individu tapi memperjuangkan untuk semua .

kita kena ingat semasa merebut jawatan kita tidak bersendirian semuanya ada sumbangan masing2, jadi jangan kita anggap orang lain tidak membantu dalam kemenangan dan jangan kita nampak hanya dua orang sahaja yang membuatkan kita boleh menang……. Saya berasa amat terkilan diatas apa yang berlaku dan amat berharap pihak2 tertentu agar tidak lagi membuat tohmahan2 atau cerita2 yang boleh menjejaskan keharmonian sesama sendiri.
Kalau kita tidak berpuas hati kita boleh meninggal jawatan yang kita pegang sekarang, tak ada masaalah, tetapi jangan sesekali cuba menghasut serta melaga-lagakan orang lain demi kepentingan peribadi serta agenda2 politik pihak tertentu yang boleh melemahkan pergerakan Pemuda UMNO Bah. Maran.

Ahli -ahli Pemuda harus diutamakan , jangan dilupa janji serta perinsip kita dalam membuat sebarang tindakan ,fikir dulu baru bertindak…… sebaik2nya kita dengar penjelasan baru menilai dan membuat keputusan ,bukan dengan mendengar penjelasan serta pendapat orang lain yang mana kita tidak tahu niat serta tujuannya ….. mulut manis belum tentu hati dan niatnya baik. jangan disebabkan nila “dua titik” nak buang susu sebelanga.

Tak ada masaalah buat apa nak cari masaalah bosssssssss.

27 May 2009

AKU KEMBALI

Salam……

Selamat berjuang kepada rakan2 blogger semua. Sudah sekian lama tidak menulis dalam ruangan ini bukan merajuk tapi kecewa hu3x… dengan situasi yang berlaku terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Maran baru2 ini . Alhamdulillah….. perasaan kecewa dalam diri saya ini hanyalah bersifat sementara . Perjuangan harus diteruskan ……… perkembangan politik tanah air tetap saya ikuti.

Apa yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis semula adalah disebabkan sikap kurang ajar blogger2 pihak pembangkang yang semakin hari semakin ‘sayangkan umno’ nampaknya. Segalanya mereka ambil tahu, segalanya tidak betul dan segalanya akan di cerca dan dihina seolah olah mereka saja yang betul ,mereka saja yang pandai , mereka saja yang bijak padahal habuk pun takde….. ini lah sikap2 yang ‘semestinya’ ada dalam hati dan diri orang2 PR . Mereka fikir dengan cara ini mereka dapat melemahkan umno? mereka silap…. sebenarnya mereka2 yang bodoh sombong ini telah membuatkan kita dalam umno ni semakin kuat dan matang.

Alhamdulilah….. dibawah kepimpinan Dato Sri Najib UMNO dilihat semakin mantap dan semakin pulih dengan masaalah2 dalaman. Pemimpin2 umno di peringkat kawasan sekarang sudah mula turun padang contohnya YB Dato Hj. Ahmad Munawar ADUN Luit sekarang khabarnya akan mengajar Agama , Tazkhirah dan sebagainya di surau2 dalam kawasan beliau . bagi saya usha murni YB Dato ini amat dialu- alukan oleh masyarakat setempat, tahniah saya ucapkan pada Yang berhormat dato’. Semoga segala usha yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah SWT .Untuk makluman semua YB dato Hj Ahmad Munawar adalah bekas kadi Daerah Maran sebelum menjadi ADUN kaw. Luit.

Kesempatan yang ada ini tidak lupa saya ucapkan selamat bersidang kepada semua ahli pergerakan pemuda umno bahagian maran. Bagi yang sudah tahniah diucapkan……..
nantikan seterusnya..................................

08 April 2009

KEPIMPINAN NAJIB PENUHI ASPIRASI RAKYAT


Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Konsep 'Satu Malaysia' bina kembali hubungan kaum supaya perpaduan lebih konkrit dicapai JIKA Allah menghendaki seseorang itu naik ke tampuk kekuasaan, maka tiada siapa mampu menghalangnya. Dalam konteks akidah, apa yang tercatat di Luh Mahfuz mengenai segala takdir makhluk adalah sebahagian perkara yang diyakini orang mukmin. Maksud firman Allah SWT: "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan disisi-Nya terdapat Luh Mahfuz" (Ar-Ra'd ayat 39). Demikianlah apa yang ditakdirkan kepada Datuk Seri Najib Razak di Luh Mahfuz sudah menjadi kenyataan.

Pada 3 April lalu, rasmilah Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Majlis mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri disempurnakan di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Peralihan kuasa kali ini tetap berjalan dengan teratur dan lancar walaupun pembangkang cuba menyebarkan pelbagai dakyah memburukkan Najib dengan niat untuk menghalang beliau menjadi Perdana Menteri. Dalam ucapan sulungnya, Najib menegaskan bahawa beliau menerima amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Keazamannya untuk melaksanakan transformasi dapat difahami melalui slogan 'Satu Malaysia' dengan penekanan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berpaksikan keutamaan rakyat, Najib berazam untuk membasmi kemiskinan, memperkukuh struktur masyarakat, meningkat akses pendidikan serta meningkat semangat dan membangun potensi generasi muda sesuai dengan tuntutan zaman. Najib turut menekankan bahawa kepemimpinannya akan berdiri teguh menghadapi cabaran ekonomi. Beliau menunjukkan sikap keterbukaan apabila mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menarik balik pergantungan penerbitan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta berjanji akan menyemak semula ISA. Ia sekali gus menafikan persepsi buruk pembangkang bahawa Najib akan menjadi pemimpin yang keras dan tidak mesra rakyat. Apa yang dilakukan Najib itu adalah selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat. Beberapa hari sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri, Najib yang sebelum ini dipilih menjadi Presiden Umno sudah pun menjelaskan bahawa beliau insaf pelantikannya sebagai Perdana Menteri adalah satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.

Sikap tawaduknya membuktikan beliau bukan seorang yang gila kuasa seperti didakwa pembangkang. Selama ini terbukti beliau tidak pernah menentang bosnya. Najib menunjukkan sifat sabar dalam setiap kali berlaku pergolakan kepemimpinan dalam partinya. Ketika berlaku pergolakan pada 1998, yang menyaksikan Anwar disingkirkan daripada parti dan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Najib tetap setia dan menyokong bosnya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir keluar Umno dan mengkritik pentadbiran Pak Lah, Najib tetap setia kepada Pak Lah. Sikap Najib selari dengan slogan Umno iaitu 'Setia' dan 'Berkhidmat'. Apa pun, sebagai orang yang mengemudi haluan negara, Najib harus menunjukkan ketegasan terhadap perkara yang menyentuh keselamatan dan kedaulatan negara. Seperti dihuraikan Al-Mawardi, ulama tersohor yang terkenal dengan kitab Al-Hakim As-Sulthaniyah menyatakan bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin adalah memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan hidup rakyat terjamin sepanjang masa. Cabaran memang menanti Najib. Daripada persoalan ekonomi hinggalah situasi politik negara yang tidak menentu boleh menjadi hambatan dan kekangan kepada pentadbirannya. Namun, kita yakin, berbekalkan pengalaman luas dalam politik, parti dan kerajaan serta disulami dengan kebijaksanaannya, Najib mampu menawarkan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Pastinya, Najib akan membentuk barisan Kabinet yang mantap, realistik dengan keadaan semasa dan dapat membantunya meneruskan agenda memacu negara ke arah kejayaan lebih bermakna. Najib tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana timbalannya dalam Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berikrar akan memberikan ketaatan dan kerjasama kepadanya. Dua bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Abdullah juga sedia memberikan sokongan kepada beliau.
Najib sedar perpaduan kaum yang kukuh dapat menjamin kestabilan politik negara. Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu, keharmonian kaum yang sudah terbina selama ini dicemari dengan banyaknya permainan politik berkisar kepada isu sensitif bersifat perkauman. Mujurlah kerja kuat pasukan polis yang sentiasa memantau keadaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersikap ekstrem, berjaya membendung keadaan. Namun, yang lebih penting ialah psikologi rakyat mesti dipulih dan diperkasakan. Justeru, beberapa hari sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri, Najib mengetengahkan konsep 'Satu Malaysia' untuk tujuan mempertaut dan membina kembali hubungan kaum supaya perpaduan yang lebih konkrit dapat dibina. Konsep ini ditunjangi dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. 'Satu Malaysia' wajar dijadikan slogan era kepemimpinan Najib dan dicadangkan ia dijadikan tema hari kemerdekaan negara tahun ini. Apa pun, usaha ini bukannya mudah kerana ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti pembangkang. Najib sudah pun memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk menilai cita rasa semua komuniti di negara ini dan memahami keperluan mereka.
Beliau akan memberikan penekanan terhadap pelaksanaan dasar yang lebih adil dan saksama kepada semua kumpulan etnik dan komuniti, termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak ada kaum di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan negara. Langkah mendampingi rakyat tanpa sambutan permaidani merah dan bunga manggar sudah pun dimulakan Najib. Sabtu lalu beliau membuat lawatan mengejut di sekitar ibu negara di tiga buah lokasi iaitu di Jalan Petaling, kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Kerinchi, Bangsar serta deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
Lawatan itu bertujuan untuk bertemu dan mengetahui masalah rakyat. Pada saya, di sebalik tindakan Najib itu tersirat mesej untuk bakal barisan Kabinetnya supaya bersedia mendekati rakyat tanpa mengharapkan sambutan permaidani merah dan bunga manggar. Cara inilah yang dilakukan oleh ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pemimpin Barisan Nasional (BN) terdahulu yang menyebabkan rakyat kasih, hormat dan setia kepada mereka.
Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan

19 March 2009

TAHNIAH!..... TUKANG LAPOR,ANDA BERJAYA.

Salam……

Amat mengejutkan dan menyedihkan berita yang baru diterima oleh semua ahli Pemuda Bahagian Maran iaitu penggantungan Jawatan keatas ketua Pemuda Bah.Maran Sdr Najuib selama 3 tahun berikutan apa yang didakwa sebagai melanggar etika semasa pemilihan bahagian baru baru ini.

Secara peribadinya saya merasakan amat kecewa akan keputusan tersebut. tapi apakan daya keputusan telah pun dibuat. Kita hanya mampu berserah dan mendoakan agar rayuan dapat dibuat supaya keputusan itu dapat dipertimbangakan semula .

Tahniah!...... KEPADA TUKANG LAPOR kerana Berjaya mensabitkan kesalahan tersebut. apa yang anda dapat banggakan dengan kejayaan seumpama ini?. Percayalah hidup anda semua tidak akan tenang……. Semua sedia maklum kesalahan yang dilakukan itu turut sama anda lakukan semasa pemilihan Cuma kemenangan tidak memihak kepada anda . Hari ini anda semua mampu berbagga kerana mencipta sejarah pahit untuk pergerakan pemuda umno bahagian maran tapi jangan dilupa anda semua juga telah mencipta musuh politik anda sendiri………. INGAT!!!!! .apa yang anda lakukan hari ini tidak akan dilupakan sampai bila bila.

Kemenangan sdr Najuib dalam pemilihan PPU Bahagian baru2 ini bukanlah semata2 didorong oleh wang ringgit atau pun pemberian baju dan sebagainya .kemenagan itu adalah kemenangan semua ahli diperingkat akar umbi yang mahukan beliau memimpin Pemuda UMNO Bahagian Maran. Apa yang penting adalah hubungan, hubungan yang beliau jalinkan dengan ahli bawahan amat rapat sejak sekian lama. Sehinggakan semua ketua pemuda cawangan dan perwakilan dapat beliau kenal ,baik yang menyokong mahupun yang tidak menyokong . jarang sekali pemimpin yang terdahulu mampu menjaga hubungan sedemikian. Amat tidak adil bagi seorang pemimpin yang berwibawa seperti beliau menjadi mangsa kepada mereka2 yang kecewa, busuk hati serta mempunyai sifat hasad dengki.

Kepada semua ahli PPU Bah. Maran marilah kita sama2 berdoa agar sdr. Najuib beroleh kesejahteraan dan kekuatan menempuh dugaan ini. Dan berharap MT UMNO atau pun pihak yang terbabit akan menerima rayuan beliau serta meringankan hukuman keatas beliau.

*** petikan msj dari saudara Najuib.
“Salam, setiap kali pemilihan, semua calon2 yang bertanding apa jua jawatan dicawangan,bahagian atau pusat akan berkempen.ini adalah perkara lumrah di dalam parti, walaupun kita tahu berkempen itu salah dan melanggar etika , bersalahnya seseorang itu bilamana terdapat bukti salahlaku dari pengadu tertentu yg. Kebanyakan darinya kecewa dan marah serta dendam kerana kalah bertanding walhal mereka2 ini melakukan perkara yang sama, percayalah saudara , mereka2 ini adalah perosak parti."

06 March 2009

KRONOLOGI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI AZLAN

28 Jun - Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun - Anwar lari mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki (Barlas Ozener – Duta Turki) di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, dari Ahad.

30 Jun - Anwar keluar dari Kedutaan Turki pada jam 6.45 petang, selepas berlindung selama 36 jam. Beliau ditemani oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Sankara Nair (peguam peribadi DSAI)

1 Julai - Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dan Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia menganggap isu liwat adalah hak asasi individu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

1 Julai - Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai - Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri cabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar.

4 Julai - Dr. Rais Yatim, (Menteri Luar Negara Malaysia) hantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. Surat tersebut telah dihantar kepada Condolezza Rice dengan menyatakan rasa dukacita kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tom Casey itu.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/4/nation/20080704200231&sec=nation

8 Julai - Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.
11 Julai - Anwar hantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat. Anwar juga menuntut RM100 juta.

14 Julai - Anwar tidak hadir beri keterangan kepada polis dan waran tangkapTemujanji yang dibuat antara Anwar dan Polis, 2.30 petang di IPK tidak ditunaikan oleh pihak Anwar.
Pada 13 Julai, Anwar berjanji akan hadir ke IPK untuk beri keterangan dakwaan kes liwatnya tetapi mengubah fikiran untuk tidak hadir ke IPK kerana dakwa tiada arahan lengkap daripada polis.

Polis pula dakwa telah beri notis lengkap kepada Anwar dan menunggu sehingga pukul 5 petang tetapi Anwar gagal menghadirkan diri. Ekoran daripada itu polis telah mengeluarkan waran tangkap kerana Anwar tidak bekerjasama dalam membantu siasatan dakwaan kepadanya.
15 Julai: Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.

16 Julai - Temujanji kedua Anwar - polis dan ditahan

10.05 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari: Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam: Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.


Sokongan padu Amerika dan sekutu ke atas Anwar


16 Julai - Lorne Craner, President of the International Republican Institute-IRI dan Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute-NDI hantar surat sokongan kepada Anwar. Majalah "Islamica Magazine" yang beroperasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito dan Anwar telah lancar kempen sokong Anwar.
http://www.islamicamagazine.com/general/Open-Letter-Concerning-Anwar-Ibrahim.html
http://www.accessdemocracy.org/library/2341_my_malaysiastatement_engpdf_07162008.pdf

16 Julai - Sean McCormack (Spokesman US State Department) juga mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap kes liwat yang dihadapi oleh Anwar.
http://www.malaysianbar.org.my/letters_others/us_state_department_s_press_statement_on_anwar.html
17 Julai - Anwar dibebaskan dengan jaminan polis.

17 Julai – Joseph Estrada (bekas President Filifina) memberi sokongan kepada Anwar dan menyifatkan penahanan Anwar adalah satu muslihat politik semata-mata. http://anwaribrahimblog.com/2008/07/17/erap-feels-for-friend-anwar/

17 Julai - Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://accountability21.net/uploadedFiles/AccountAbility%20Highlights%20Malaysia%27s%20Opportunity%20to%20Provide%20Global%20Leadership.pdf

17 Julai - Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis.18 Julai - Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) dan Lord Patten (Co-chair ICG) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://www.crisisgroup.org/home/index.cfm?id=5581&l=1&m=1

21 Julai: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai: Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Tan Sri Ghani Patail (Peguam Negara) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara). Beliau telah ditemani oleh dua peguam peribadi iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah.

23 Julai - Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/23/taklimat-dengan-komuniti-diplomatik/


24 Julai - Tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis telah membuat kenyataan bersama untuk sokong Anwar. Mereka desak Malaysia agar gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin (bekas Presiden Kanada, 2003-2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia).
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/25/keyakinan-masyarakat-antarabangsa/

24 Julai - Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang dalam mengendalikan tuduhan liwat Anwar. Amerika anggap isu Anwar bukan isu dalaman tetapi isu antarabangsa.
http://app.mfa.gov.sg/pr/read_content.asp?View,10697

24 Julai – World Movement for Democracy (WMD) juga mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat yang dihadapinya.
http://www.wmd.org/democracyalerts/july2408.html
Anwar kempen hentikan siasatan dan gugurkan kes


28 Julai - Raja Petra (Blogger Malaysia Today) telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi tentang pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan Anwar dakwa laporan itu menunjukkan beliau tidak bersalah, walaupun dalam laporan itu doktor yang sama menasihati mangsa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

30 Julai - Anwar hadir ke JAWI untuk memberi keterangan susulan. Kenyataan rasmi daripada Hospital Pusrawi menafikan Dr Mohamad Osman sebagai doktor pakar yang layak memeriksa mangsa. Beliau hanya seorang doktor biasa.

30 Julai - Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai - Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Wan Azizah Wan Ismail letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding semula.

1 Ogos - Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika hantar perutusan sokongan terhadap Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/06/kenyataan-media-al-gore/

1 Ogos – John Esposito dan John O Vall turut menyatakan sokongan kepada Anwar berhubung kes liwatnya. Esposito dan John O Vall mahukan kerajaan Malaysia bertindak telus dan adil.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/01/dr-john-esposito-and-dr-john-voll-of-georgetown-support-anwar-ibrahim/

7 Ogos – Sandra Day O’Connor dan Gus Dur ada menulis surat menyatakan sokongan terhadap Anwar, bertajuk “To defend Anwar is to defend Malaysian democracy” .
http://www.ft.com/cms/s/0/1a03116e-6484-11dd-af61-0000779fd18c.html


8 Ogos – John Esposito (Founder & Director Center for Muslim Christian Understanding, CMCU) dan isterinya Jean datang ke rumah Anwar bagi membincangkan mengenai kes liwatnya dan buku terbaru karya John Esposito bertajuk “Who Speaks for Islam”. Turut sama Wensi bersama isterinya (dua tokoh politik Filifina) dan Profesor Osman Bakar bersama isterinya, Badariah.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/

9 Ogos – Adi Sasano (bekas Ketua Umum Ikatan Cendiakiawan Muslim Indonesia) bersama isterinya turut menyatakan sokongan terhadap Anwar sehingga sanggup datang berkunjung ke kediaman Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/


18 Ogos – Abdurrahman Wahid (Gus Dur) hadir untuk mengadakan sidang media berhubung isu liwat Anwar, yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Mechant Square, Tropicana pada jam 10.30 pagi.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/18/sidang-media-gus-dur-di-ibu-pejabat-pkr/

30 Oktober – John O Voll (Associate Prof CMCU) dan Dr. Munawar Anees (bekas penulis ucapan Anwar) berkunjung ke rumah Anwar untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar berhubung kes liwatnya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/30/makan-malam-bersama-prof-john-voll-dan-dr-munawar-anees/

Anwar kena dakwa meliwat Saiful di Mahkamah Seksyen Jalan Duta

6 Ogos: Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat pada 7 Ogos.

7 Ogos : Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Saiful Bukhari. Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Mahkamah menetapkan 10 September tarikh perbicaraan.

15 Ogos : Saiful Bukhari angkat sumpah diliwat oleh DSAI di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

16 Ogos : Anwar hantar borang penamaan calon bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

17 Ogos : Anwar adakan sidang media di Bilik Gerakan Utama, PKR di Penanti, Permatang Pauh. Dalam sidang media tersebut, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh bekas pembantunya.

19 Ogos : Penggubalan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

19 Ogos : Saiful Bukhari memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh DSAI kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

24 Ogos : Ustaz Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) berucap dari satu pentas ke pentas PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh mengaku dirinya diarah untuk menjadi saksi. Tindakannya dianggap sebagai bahan kempen memenangkan Anwar saat-saat akhir.

26 Ogos : Anwar menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

28 Ogos : Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada jam 10.03 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan mengumumkan perlantikan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

28 Ogos : Anwar diwawancara oleh Al-Jazeera (101 East). Beliau dakwa yakin akan jadi PM pada 16 September, dan turut dakwa berlaku peralihan kuasa kerana telah mempunyai majoriti yang cukup yang bakal melompat parti.

10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September.

12 September : Rombongan PKR ke Taiwan kononnya untuk pujuk ahli Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak melompat parti. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) menyatakan bahawa beliau amat yakin peralihan kuasa berlaku pada 16 September.16 September : Tiada pertukaran kerajaan. Sidang Akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya, Anwar sekali lagi mendakwa sudah mencukupi bilangan yang cukup dan melebihi 31 ahli Barisan Nasional yang bersedia masuk PKR.

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful


7 Ogos : Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000. Perbicaraan disambung 10 September.

10 September : Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September : Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober : Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.

8 Oktober : Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.9 Oktober : Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

31 Oktober
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang tadi.

7 November
Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar.
Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu para pemberita bahawa pihaknya pasti membuat dua permohonan iaitu bagi rayuan dan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini


14 November
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehingga hari ini kes tersebut masih lagi belum di bicarakan........

04 March 2009

KERATAN AKHBAR

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee
Oleh SITI MARIAM MD. ZAINutusanperak@utusan.com.my

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.

Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.

Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.

Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.

Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.

Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.

Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'

Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'

Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.

Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.

Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.

Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.
Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

03 March 2009

PROGRAM JENGKA 4


simpang jengka 4 jalan masuk



gotong - royong persiapan tempat serta memasang bendera BN dan UMNO



antara suka rela yang hadir bergotong royong memasang khemah dan banner. melepaskan penat leleh di kedai kopi



kursus pengurusan jenazah
10 pagi hingga 1 tengahari






Pertandingan karom dan batu saremban

3 ptg hingga 6 petang





Pada sebelah malam program ceramah politik yang disampaikan oleh sdr khairul amin N/K PPU Maran, Sdr Najuib ketua PPU Maran YB Dato hj.Ismail bin hj Mutalib Ahli Parlimen Maran serta Sdr. Lokman noor bin Adam selaku penceramah yang di undang khas pada malam tersebut.