06 March 2009

KRONOLOGI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN SAIFUL BUKHARI AZLAN

28 Jun - Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR itu.

29 Jun - Anwar lari mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki (Barlas Ozener – Duta Turki) di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, dari Ahad.

30 Jun - Anwar keluar dari Kedutaan Turki pada jam 6.45 petang, selepas berlindung selama 36 jam. Beliau ditemani oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ; Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Sankara Nair (peguam peribadi DSAI)

1 Julai - Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dan Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia menganggap isu liwat adalah hak asasi individu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

1 Julai - Anwar membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

2 Julai - Saiful muncul untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Brickfileds. Manakala Mufti Perlis, Dr Mohd Asri cabar Anwar dan Saiful bersumpah untuk membersihkan diri kedua-dua belah pihak. Cabaran itu dibuat oleh Mufti Perlis ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar.

4 Julai - Dr. Rais Yatim, (Menteri Luar Negara Malaysia) hantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat. Surat tersebut telah dihantar kepada Condolezza Rice dengan menyatakan rasa dukacita kerajaan Malaysia berhubung kenyataan yang dibuat oleh Tom Casey itu.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/4/nation/20080704200231&sec=nation

8 Julai - Anwar membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful yang mendakwa Anwar meliwatnya.
11 Julai - Anwar hantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat. Anwar juga menuntut RM100 juta.

14 Julai - Anwar tidak hadir beri keterangan kepada polis dan waran tangkapTemujanji yang dibuat antara Anwar dan Polis, 2.30 petang di IPK tidak ditunaikan oleh pihak Anwar.
Pada 13 Julai, Anwar berjanji akan hadir ke IPK untuk beri keterangan dakwaan kes liwatnya tetapi mengubah fikiran untuk tidak hadir ke IPK kerana dakwa tiada arahan lengkap daripada polis.

Polis pula dakwa telah beri notis lengkap kepada Anwar dan menunggu sehingga pukul 5 petang tetapi Anwar gagal menghadirkan diri. Ekoran daripada itu polis telah mengeluarkan waran tangkap kerana Anwar tidak bekerjasama dalam membantu siasatan dakwaan kepadanya.
15 Julai: Anwar menyertai program debat dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bertajuk “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”.

16 Julai - Temujanji kedua Anwar - polis dan ditahan

10.05 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

1 tengah hari: Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut dan ditahan di IPK Kuala Lumpur.

8.35 malam: Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA, bagaimanapun beliau enggan memberikan sampel DNAnya. Beliau ditahan semalaman di lokap IPK KL.


Sokongan padu Amerika dan sekutu ke atas Anwar


16 Julai - Lorne Craner, President of the International Republican Institute-IRI dan Kenneth Wallock, President of the National Democratic Institute-NDI hantar surat sokongan kepada Anwar. Majalah "Islamica Magazine" yang beroperasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito dan Anwar telah lancar kempen sokong Anwar.
http://www.islamicamagazine.com/general/Open-Letter-Concerning-Anwar-Ibrahim.html
http://www.accessdemocracy.org/library/2341_my_malaysiastatement_engpdf_07162008.pdf

16 Julai - Sean McCormack (Spokesman US State Department) juga mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap kes liwat yang dihadapi oleh Anwar.
http://www.malaysianbar.org.my/letters_others/us_state_department_s_press_statement_on_anwar.html
17 Julai - Anwar dibebaskan dengan jaminan polis.

17 Julai – Joseph Estrada (bekas President Filifina) memberi sokongan kepada Anwar dan menyifatkan penahanan Anwar adalah satu muslihat politik semata-mata. http://anwaribrahimblog.com/2008/07/17/erap-feels-for-friend-anwar/

17 Julai - Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://accountability21.net/uploadedFiles/AccountAbility%20Highlights%20Malaysia%27s%20Opportunity%20to%20Provide%20Global%20Leadership.pdf

17 Julai - Anwar dibebaskan daripada tahanan reman polis.18 Julai - Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) dan Lord Patten (Co-chair ICG) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar.
http://www.crisisgroup.org/home/index.cfm?id=5581&l=1&m=1

21 Julai: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung laporan polis yang mendakwa beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyikan fakta mengenai serangan fizikal yang dialami Anwar semasa menjadi tahanan polis pada tahun 1998.

21 Julai: Anwar hadir semula di BPR untuk memberi keterangan dan menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap Tan Sri Ghani Patail (Peguam Negara) dan Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara). Beliau telah ditemani oleh dua peguam peribadi iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah.

23 Julai - Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/23/taklimat-dengan-komuniti-diplomatik/


24 Julai - Tiga serangkai sekutu Amerika dan Zionis telah membuat kenyataan bersama untuk sokong Anwar. Mereka desak Malaysia agar gugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar. Mereka adalah Paul Martin (bekas Presiden Kanada, 2003-2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) dan James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia).
http://anwaribrahimblog.com/2008/07/25/keyakinan-masyarakat-antarabangsa/

24 Julai - Condoleeza Rice (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang dalam mengendalikan tuduhan liwat Anwar. Amerika anggap isu Anwar bukan isu dalaman tetapi isu antarabangsa.
http://app.mfa.gov.sg/pr/read_content.asp?View,10697

24 Julai – World Movement for Democracy (WMD) juga mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat yang dihadapinya.
http://www.wmd.org/democracyalerts/july2408.html
Anwar kempen hentikan siasatan dan gugurkan kes


28 Julai - Raja Petra (Blogger Malaysia Today) telah menyiarkan satu laporan doktor dari Hospital Pusrawi tentang pemeriksaan Saiful Bukhari Azlan. Pemeriksaan tersebut telah dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan Anwar dakwa laporan itu menunjukkan beliau tidak bersalah, walaupun dalam laporan itu doktor yang sama menasihati mangsa menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.

30 Julai - Anwar hadir ke JAWI untuk memberi keterangan susulan. Kenyataan rasmi daripada Hospital Pusrawi menafikan Dr Mohamad Osman sebagai doktor pakar yang layak memeriksa mangsa. Beliau hanya seorang doktor biasa.

30 Julai - Hospital Pusrawi menafikan terdapat seorang doktor pakarnya telah menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

31 Julai - Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar memberitahu, siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Wan Azizah Wan Ismail letak jawatan ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding semula.

1 Ogos - Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika hantar perutusan sokongan terhadap Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/06/kenyataan-media-al-gore/

1 Ogos – John Esposito dan John O Vall turut menyatakan sokongan kepada Anwar berhubung kes liwatnya. Esposito dan John O Vall mahukan kerajaan Malaysia bertindak telus dan adil.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/01/dr-john-esposito-and-dr-john-voll-of-georgetown-support-anwar-ibrahim/

7 Ogos – Sandra Day O’Connor dan Gus Dur ada menulis surat menyatakan sokongan terhadap Anwar, bertajuk “To defend Anwar is to defend Malaysian democracy” .
http://www.ft.com/cms/s/0/1a03116e-6484-11dd-af61-0000779fd18c.html


8 Ogos – John Esposito (Founder & Director Center for Muslim Christian Understanding, CMCU) dan isterinya Jean datang ke rumah Anwar bagi membincangkan mengenai kes liwatnya dan buku terbaru karya John Esposito bertajuk “Who Speaks for Islam”. Turut sama Wensi bersama isterinya (dua tokoh politik Filifina) dan Profesor Osman Bakar bersama isterinya, Badariah.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/

9 Ogos – Adi Sasano (bekas Ketua Umum Ikatan Cendiakiawan Muslim Indonesia) bersama isterinya turut menyatakan sokongan terhadap Anwar sehingga sanggup datang berkunjung ke kediaman Anwar.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/09/visit-by-john-esposito/


18 Ogos – Abdurrahman Wahid (Gus Dur) hadir untuk mengadakan sidang media berhubung isu liwat Anwar, yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Mechant Square, Tropicana pada jam 10.30 pagi.
http://anwaribrahimblog.com/2008/08/18/sidang-media-gus-dur-di-ibu-pejabat-pkr/

30 Oktober – John O Voll (Associate Prof CMCU) dan Dr. Munawar Anees (bekas penulis ucapan Anwar) berkunjung ke rumah Anwar untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar berhubung kes liwatnya.
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/30/makan-malam-bersama-prof-john-voll-dan-dr-munawar-anees/

Anwar kena dakwa meliwat Saiful di Mahkamah Seksyen Jalan Duta

6 Ogos: Anwar menerima sapina meminta beliau hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menghadapi tuduhan meliwat pada 7 Ogos.

7 Ogos : Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Mohd Saiful Bukhari. Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Mahkamah menetapkan 10 September tarikh perbicaraan.

15 Ogos : Saiful Bukhari angkat sumpah diliwat oleh DSAI di Masjid Wilayah Persekutuan. Beliau ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim dan ahli keluarganya, disaksikan imam masjid itu, Ramlang Porigi serta beberapa iman lain pada 6.15 petang.

16 Ogos : Anwar hantar borang penamaan calon bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

17 Ogos : Anwar adakan sidang media di Bilik Gerakan Utama, PKR di Penanti, Permatang Pauh. Dalam sidang media tersebut, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh bekas pembantunya.

19 Ogos : Penggubalan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri.

19 Ogos : Saiful Bukhari memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh DSAI kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

24 Ogos : Ustaz Ramlang Porigi (saksi sumpah Saiful) berucap dari satu pentas ke pentas PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh mengaku dirinya diarah untuk menjadi saksi. Tindakannya dianggap sebagai bahan kempen memenangkan Anwar saat-saat akhir.

26 Ogos : Anwar menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

28 Ogos : Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada jam 10.03 pagi di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dan mengumumkan perlantikan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

28 Ogos : Anwar diwawancara oleh Al-Jazeera (101 East). Beliau dakwa yakin akan jadi PM pada 16 September, dan turut dakwa berlaku peralihan kuasa kerana telah mempunyai majoriti yang cukup yang bakal melompat parti.

10 September : Sambungan kes liwat Anwar. Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September.

12 September : Rombongan PKR ke Taiwan kononnya untuk pujuk ahli Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak melompat parti. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR) menyatakan bahawa beliau amat yakin peralihan kuasa berlaku pada 16 September.16 September : Tiada pertukaran kerajaan. Sidang Akhbar di Pejabat PKR, Petaling Jaya, Anwar sekali lagi mendakwa sudah mencukupi bilangan yang cukup dan melebihi 31 ahli Barisan Nasional yang bersedia masuk PKR.

Prosiding perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful


7 Ogos : Anwar Ibrahim didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000. Perbicaraan disambung 10 September.

10 September : Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kepada 24 September ini untuk mendengar hujahan sama ada kes dikekalkan di Mahkamah Sekyen atau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim menetapkan tarikh itu selepas timbul bantahan daripada peguam bela yang ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Seksyen.

24 September : Mahkamah mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memutuskan sama ada memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kes ditunda pada 7 Oktober.

7 Oktober : Hakim Komathy Suppiah memutuskan bahawa beliau mempunyai budi bicara untuk mendengar hujahan berhubung bantahan pembelaan yang mempersoalkan kesahihan sijil yang dikemukakan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.Pendakwaan telah berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 418A (3) Kanun Prosedur Jenayah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebaik sahaja sijil pindah dikeluarkan oleh pendakwaan.Pembelaan telah membantah permohonan pendakwaan dengan menyatakan sijil pemindahan itu tidak sah kerana ia ditandatangani Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang sedang disiasat oleh BPR.

8 Oktober : Mahkamah Sesyen mendengar hujahan lanjut ketua peguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah berhubung bantahan kesahihan sijil perakuan yang ditandatangani oleh Peguam Negara. Kes ditunda pada 9 Oktober.9 Oktober : Mahkamah Sesyen masih terus mendengar hujahan pihak pembelaan bantahan terhadap sijil perakuan pemindahan oleh Peguam Negara.Ketua penguam bela, Sulaiman Abdullah berhujah agar permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ditolak.Hakim Komathy Suppiah menetapkan tarikh sambung bicara ditunda pada 31 Oktober, selepas dimaklumkan bahawa Anwar akan menghadiri sidang Parlimen.Prosiding dalam kes Anwar masih di peringkat hujah bantahan terhadap permohonan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

31 Oktober
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguh sehingga 7 November depan bagi Hakim S. Komathy Suppiah membuat keputusan sama ada untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.
Komathy menetapkan untuk membuat keputusan bagi mengesahkan sama ada sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada sah atau tidak.
Beliau membuat keputusan itu sebelum menangguhkan sidang pada pukul 4.30 petang tadi.

7 November
Hakim S. M. Komathy Suppiah hari ini menetapkan sebutan kes liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen pada 14 November ini.Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati sijil perakuan yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.Komathy berkata, Abdul Gani tidak sepatutnya mencampuri kes liwat berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi `berjanji’ bahawa peguam negara itu tidak akan terlibat dalam kes Anwar.
Komathy akan mendengar sebutan kes itu bagi menetapkan tarikh perbicaraan di mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu para pemberita bahawa pihaknya pasti membuat dua permohonan iaitu bagi rayuan dan semakan kehakiman berhubung keputusan hari ini


14 November
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sehingga hari ini kes tersebut masih lagi belum di bicarakan........

9 comments:

  1. Saudara Tak payah paparkan kes liwat Anwar Ibrahim yang kamu dulu kamu sanjungi semasa dalam umno,nanti bertambah dosa ,cuba kena pada saudara??/seluruh keturunan malu...zaman dah berubah kita berpolitik cara anak muda zaman sekarang ?? matang lah sikit ...apa kata suatu hari nanti anwar masuk semula umno.....

    ReplyDelete
  2. hai,..u pk sape btl n sape slh?
    kamu penyokong umno..negara kita negara islam..di bawah pimpinan penguasa umno..
    big isu...orang melayu terlibat dgn:
    1) dadah
    2) PELACURAN
    3) BLACK METAL
    4) REMPIT
    5) RAGUT N SEANGKATAN DGNNYA
    hukuman apakah yg tlh dikenakan pd pesalah-pesalah tersebut sehingga mereka tidak tkt n segan silu menulanginya lagi?
    cukupkah dengan hanya denda beratus2, beribu2?
    fikir2kanlah wahai saudara seagamaku..

    ReplyDelete
  3. masa dia dalam kerajaan semua sanggup cium tangannya. bila dah jadi pembangkang macam-macam tuduhan. bila dia mati nanti semua orang cakap " kita kehilangan tokoh" dan macam-macam lagi lahh. Apa mau heboh-heboh tentang orang lain. Belum tentu diri sendiri atau anak cucu cukup sempurna.

    Banyak perkara yang perlu lebih perhatian daripada kes anuar dan saiful. Kes mereka langsung tak memberi manfaat kepada negara. Jalan raya banyak belum berturap, umno tutup mata sahaja. Rakai kutu-kutu di bandar raya kl,umno tutup mata sahaja. beras melambung naik sehingga 200 peratus,umno tutup mata sahaja..umno cuma berminat bercerita cerita yang langsung tidak ada manfaat kepada rakyat.

    mengapa tidak bercerita mengenai kelembaban ekonomi malaysia seperti hangatnya cerita anuar dan saiful. ingat tak umno, dividen asb suatu ketika dahulu diatas 10 peratus. harga saham asn adalah rm1 seunit, sekarang berapa harga seunit ?? saya rugi besar umno. tapi mengapa umno tidak minat bercerita tentang itu ???

    umno buat apapun dengan anuar dan saiful saya tidak kisah tapi turaplah jalan raya yang masih merah. tingkatkan ekonomi malaysia. saya langsung tidak minat dengan cerita awak, walau sersatus post awak muatkan tentang anuar dan saiful dalam blog ini, saya tetap dengan pndirian saya tidak akan menyokong umno mahupun keadilan. saya bebas menyuarakan pendapat saya yang tidak bernas. walaupun tidak bernas, tapi saya percaya ramai rakyat malaysia yang melabur asn masih rugi...

    ReplyDelete
  4. jgn sebab sokong umno..
    anda lihat anwar sbgai pesalah..
    andai kata beliau mmg xb'salah..
    bukankah dah mengaibkan beliau?

    ReplyDelete
  5. xkn la si saiful 2 x segan..

    ReplyDelete
  6. semakin kerajaan ingin menjatuhkan DSAI,semakin kuat pengaruh DSAI.carilah alternatif lain untuk menjatuhkan DSAI kerana isu liwat ini sudah basi.rakyat sudah bosan.semakin rakyat bosan semakin binasalah kerajaan.apa dah jadi bila DSAI didapati tidak bersalah untuk kes liwat yang menyebabkan beliau dibuang dari kerajaan dan dipenjara beberapa tahun untuk kesalahan yang bukan dilakukan oleh dirinya.dimanakah nilai2 kemanusiaan dalam kejadian ini.rakyat bukan bodoh.rakyat sudah tahu menilai kebenaran.

    ReplyDelete
  7. hihi...pak cik bagos sbb x padam comment...apa kata pak cik kaji pulak kenapa mahathir tendang anuar dr umno..sy nk thu...kenapa tiba2 ekonomi jatoh wak2 2 ek??sy suka otak mahathir...mst ada sbb kan mahathir buat cm2..spa yg terlibat dlm invest terbesar wk2 ekonomi jatuh?kenapa jatuh??kenapa ada inflasi sifar??pak cik tolong carikan ekk...sy budak lg..ingin tahu...tp sy yakin ssh nk cr fakta 2..yg pembangkang jgn byk ckp jaa..yg umno bn jgn dok isap lebih...pak cik jgn lupa cr taw jawapan 2...sy nk thu...see ya..(bdak skolah)

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM ...
    X PAYAH PENING2 ..KITA BERBALIK PADA AL QURAN & SUNNAH JER...TU KAN PANDUAN KITA DARI ZAMAN NABI HINGGA SEKARANG..
    NABI BERPESAN ..KAMU TAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA JIKA KAMU BEPANDU PADA ALQURAN & SUNNAH ..
    SEKIAN

    ReplyDelete
  9. salam, kalau boleh tolong update kes anwar ibrahim ni..sangat menarik dan saya anggap ia sejarah perhakiman negara

    ReplyDelete