31 January 2009

Makluman


Sekadar makluman untuk semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bah.Maran pada 28 JANUARI 2009
AJK PPU Bahagian Maran telah mengadakan mesyuarat di Dewan JKKK Felda kg. Awah.Sambutan daripada semua ahli pemuda setempat amat menggalakan.Mesyuarat berjalan lancar tanpa ganguan.Tahniah dan terima kasih kepada Pengerusi Penyelaras Zon Chenor iaitu Sdr.Mazlan kerana berjaya mengadakan dan meyediakan tempat serta jamuan pada malam tersebut. Mesyuarat diadakan di Zon – Zon dalam bahagian maran adalah bertujuan merapatkan hubungan diantara ahli-ahli Pemuda cawangan dengan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian.Mesyuarat tersebut akan diadakan setiap bulan mengikut giliran Zon yang dimulakan di Zon Chenor di ikuti Zon Luit dan Zon Kuala Sentol.

No comments:

Post a Comment